99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wang Yi Berunding dengan TPM Thailand

(CRI)Isnin 29 Januari 2024

Menteri Luar China Wang Yi bertemu Timbalan Perdana Menteri Thailand merangkap Menteri Luar Negeri Parnpree Bahiddha-Nukara di Bangkok pada Ahad untuk rundingan tahunan.

Wang berkata China bersedia memfokuskan kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib China-Thailand yang lebih stabil, makmur dan mampan, di samping mengukuhkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan terus memperkaya konotasi baharu kepada hubungan dua hala.

Dua negara harus mempertingkat lagi pertukaran lawatan peringkat tinggi, bersama membuat perancangan rapi berhubung siri aktiviti menyambut ulang tahun jubli emas hubungan diplomatik, kata beliau.

Menurut Wang, usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) harus terus diperkasa, dan projek landasan kereta api China-Thailand hendaklah dipergiat ke arah menggerakkan visi pembangunan ketersambungan China, Laos dan Thailand.

Beliau turut menambah, kemudahan bebas visa untuk pengembara kedua-dua negara perlu dimanfaatkan ke arah merancakkan lagi pertukaran rakyat ke rakyat, sementara kolaborasi membabitkan penguatkuasaan undang-undang dipertingkat bagi memastikan keselamatan pelancong terjamin.

Dalam pada itu, Parnpree menyatakan kesediaan Thailand untuk meningkatkan lagi kerjasama dengan China dalam bidang sosiobudaya, pembangunan hijau, ekonomi digital dan sektor baru muncul yang lain.

Selepas rundingan berkenaan, kedua-dua pemimpin itu menandatangani persetujuan mengenai pengecualian visa bagi pemegang pasport biasa satu sama lain.

Video

Berita Berkaitan