- Lain-lain
Produk Budaya Bertema Naga Lonjakkan Jualan di China (3)
“Di mana boleh saya beli?” "Tolong, saya perlukan pembantu untuk beli..." Komen seperti ini banyak dilihat di bahagian komen Xiaohongshu, platform sosial perkongsian gaya hidup yang popular di China.
Apakah yang menjadikan netizen tergerak hati untuk membeli? Jawapannya ada pada foto muka depan ini.
Berlawanan dengan langit biru nan jernih, seekor naga keemas-emasan yang timbul mencipta kontras yang ketara dengan latar belakang merahnya, mengumpan perhatian warganet di China.
Melihat di ruang komen, produk ini akan dikeluarkan tidak lama lagi (sekitar beberapa hari sahaja lagi), dan kilang telah mengatur syif tambahan untuk kumpulan baharu bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Ramai orang menggunakan hashtag "produk budaya tahun naga" dan menyiarkan gambar magnet peti sejuk sama yang mereka beli, dan menulis "banyak rintangan yang saya lalui untuk membelinya," "produk budaya saya tahun ini."
Tahun Naga akan bermula pada 10 Februari 2024. Memandangkan tahun baharu qamari semakin hampir, industri budaya dan kreatif telah menyaksikan pelbagai jenis barangan bertema naga membanjiri pasaran seperti magnet peti sejuk, kad percutian, perhiasan, serta topi dan pakaian.
Daripada jenama utama kepada kedai khusus, daripada saluran dalam talian kepada kedai luar talian, "demam naga" melanda hebat tatkala masyarakat di China sedang bersiap sedia untuk ketibaan percutian tradisional Cina yang paling penting pada tahun ini.
- Meriah Persiapan Menjelang Sambutan TBC di China
- Seluruh China Siap Sedia Sambut TBC
- Susunan Sama dengan 2024, Kalendar Lama 1996 Laris
- Suasana Semakin Meriah pada Ambang TBC
- 2023, Kukenangkan China
- Pukat Ikan Menjelang Tahun Baharu Cina
- CMG Hidangkan Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 di Lima Bandar Serentak
- Syarikat Makanan Tradisional Berasaskan Tepung di Shandong Sibuk Penuhi Permintaan Menjelang TBC
- TBC Diwartakan Cuti PBB
- Loong Chenchen, Maskot Gala TBC 2024