99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Produk Budaya Bertema Naga Lonjakkan Jualan di China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 Januari 2024
Produk Budaya Bertema Naga Lonjakkan Jualan di China
Hiasan bertemakan naga dipamerkan untuk dijual di sebuah kedai khusus di Beijing, ibu negara China, 14 Januari 2024. Jenama utama telah melancarkan produk kebudayaan dan kreatif berciri naga ketika Tahun Naga semakin hampir. (Xinhua/Liu He)

“Di mana boleh saya beli?” "Tolong, saya perlukan pembantu untuk beli..." Komen seperti ini banyak dilihat di bahagian komen Xiaohongshu, platform sosial perkongsian gaya hidup yang popular di China.

Apakah yang menjadikan netizen tergerak hati untuk membeli? Jawapannya ada pada foto muka depan ini.

Berlawanan dengan langit biru nan jernih, seekor naga keemas-emasan yang timbul mencipta kontras yang ketara dengan latar belakang merahnya, mengumpan perhatian warganet di China.

Melihat di ruang komen, produk ini akan dikeluarkan tidak lama lagi (sekitar beberapa hari sahaja lagi), dan kilang telah mengatur syif tambahan untuk kumpulan baharu bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ramai orang menggunakan hashtag "produk budaya tahun naga" dan menyiarkan gambar magnet peti sejuk sama yang mereka beli, dan menulis "banyak rintangan yang saya lalui untuk membelinya," "produk budaya saya tahun ini."

Tahun Naga akan bermula pada 10 Februari 2024. Memandangkan tahun baharu qamari semakin hampir, industri budaya dan kreatif telah menyaksikan pelbagai jenis barangan bertema naga membanjiri pasaran seperti magnet peti sejuk, kad percutian, perhiasan, serta topi dan pakaian.

Daripada jenama utama kepada kedai khusus, daripada saluran dalam talian kepada kedai luar talian, "demam naga" melanda hebat tatkala masyarakat di China sedang bersiap sedia untuk ketibaan percutian tradisional Cina yang paling penting pada tahun ini.

Video

Berita Berkaitan