- Lain-lain
Chew Mei Fun: Demokrasi Harus Dinilai Menerusi Kesejahteraan Rakyat
Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Datin Paduka Chew Mei Fun berkata demokrasi harus dinilai dan diwujudkan menerusi kesejahteraan rakyat, dan dasar demokrasi China diperlihatkan menerusi dasar yang berorientasikan rakyat, iaitu rakyat diutamakan.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual oleh Kumpulan Media China (CMG) pada Khamis.
“Negara adalah berbeza dan dunia ini adalah berbagai. Oleh itu, sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara-negara juga berbeza. Tidak wajarlah untuk menuntut negara lain untuk mengamalkan sistem demokrasi yang sama dengan sesebuah negara yang ditetapkan oleh negara Barat atau negara yang lain.“
“Kalau kita menuntut atau memaksa orang mengikut apa yang telahpun mengamalkan, saya rasa itu bukan sahaja sikap yang amat angkuh, tetapi juga manifastasi hegemoni,” kata Chew.
Beliau berpendapat bahawa demokrasi bermakna mengutamakan hak rakyat, dan keperluan majoriti rakyat akan dijadikan asas untuk menetapkan dasar berkaitan.
Sementara itu, beliau beranggapan bahawa demokrasi dalam masyarakat China juga dapat diperlihatkan sepenuhnya dalam usaha membasmi kemiskinan tegar di kawasan luar bandar.
“Kerajaan di semua peringkat bersatu padu untuk menggalakkan pembangunan infrastruktur, sosioekonomi dan logistik di desa. Pengalaman China dan hasilnya dalam usaha membasmi kemiskinan harus dibelajari dan ditimba oleh negara-negara Asia Tenggara,” ujar beliau.
Selain itu, Chew juga memuji dasar kerajaan China untuk menjamin dan meningkatkan kesejahteraan golongan warga emas, dan menggalakkan golongan muda pulang ke kampung halaman untuk terlibat dalam industri pertanian.
“Dengan kepulangan anak-anak muda ke kampung, ia akan mewujudkan satu masyarkat yang lebih muda dan orang tua di kampung itu akan dapat perlindungan, sokongan, tak kiralah dari segi keluarga, perubatan, kesihatan dan emosi,” kata Chew.