99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Siap Siaga Pantau Filipina Beraksi Samseng Jalanan di LCS

(CRI)Jumaat 29 Mac 2024

Jurucakap Kementerian Pertahanan Negara China Wu Qian dalam sidang media pada Khamis berkata, campur tangan Amerika Syarikat (AS) merupakan penggerak paling besar yang mengakibatkan pergolakan di Laut China Selatan (LCS), sedangkan provokasi Filipina pula merupakan punca langsung yang mengakibatkan situasi LCS semakin meruncing baru-baru ini. China bersiap siaga memantau sebarang gerak-geri Filipina yang beraksi samseng jalanan dalam isu LCS.

Ketika menyentuh tentang kenyataan Setiausaha Negara AS Antony Blinken berhubung tindakan China di LCS, Wu Qian berkata, China sudah kerap kali menyuarakan pendirian tegas dalam isu LCS berkaitan Filipina, iaitu menolak campur tangan kuasa asing dari luar, menentang pencabulan terhadap kedaulatan wilayah dan provokasi, dan menyokong semua perselisihan dibawa ke meja rundingan.

“Sementara itu, China bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kejadian kecemasan, dan mempertahankan dengan tegas kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim milik sendiri.

“Kami (China) yakin, dengan usaha bersepadu negara-negara serantau, situasi ketenteraman pasti akan diwujudkan di LCS. Ini adalah trend yang tidak dapat dihalangi pada zaman ini,” katanya.

Video

Berita Berkaitan