- Lain-lain
Lawatan Separuh Hari Percuma di Shanghai untuk Penumpang Transit Antarabangsa
Foto yang diambil melalui telefon bimbit ini menunjukkan pelancong antarabangsa bergambar di Taman Yuyuan di Shanghai, timur China, 28 April 2024. (Xinhua/Chen Aiping) |
Agensi pelancongan dalam talian terkemuka, Trip.com melancarkan “Shanghai Express,” iaitu lawatan persinggahan khusus untuk penumpang transit antarabangsa yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong.
Menurut agensi itu, pengangkutan, panduan, dan perkhidmatan internet adalah percuma sepanjang lawatan sekitar lima ke enam jam itu.
Pengembara akan berpeluang melawat Bund, Taman Yuyuan dan tempat-tempat terkenal lain di Shanghai, serta mengalami sejarah, budaya dan hidangan istimewa bandar tersebut.
Sejak dilancarkan pada 15 April, ramai pelancong antarabangsa telah memanfaatkan lawatan setengah hari itu, dengan kira-kira 80 peratus daripadanya merupakan pelancong Eropah, dan baki 20 peratus dari Asia Tenggara.
Pada Ahad, pasangan dari Rusia iaitu Artemii dan Anna Nekrasov meluahkan kekaguman mereka sejurus menamatkan lawatan tersebut dan turut berkongsikan angan-angan mereka kepada Xinhua untuk membuat lawatan istimewa ke China pada masa hadapan.
Zhang Chengjie, pengarah pemasaran luar negara Trip.com berkata, lawatan seumpama bukan sahaja akan membantu lebih ramai pelancong antarabangsa mempelajari Shanghai, malah "menanam benih" dalam fikiran mereka untuk perjalanan masa depan ke bandar di timur China itu.
Data rasmi menunjukkan bahawa pada suku pertama tahun ini, Shanghai menerima lebih daripada 1.27 juta pelancong masuk, iaitu peningkatan tahun ke tahun sekitar 249.7 peratus.
Foto dari lensa telefon bimbit ini memperlihatkan seorang kakitangan sedang menjelaskan jadual lawatan untuk pelancong antarabangsa sebelum lawatan setengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong di Shanghai, timur China, 28 April 2024. (Xinhua/Chen Aiping) |
- Tempahan Pelancongan Melonjak Menjelang Cuti Hari Pekerja
- Semakin Ramai Pelancong dari Negara ASEAN Masuk China dari Guangxi
- Shanghai Terima Kunjungan Pelancong Asing Berjumlah Besar
- Pengecualian Visa Rancakkan Pelancongan Asia Tenggara
- China Hadir Semula ITB Berlin 2024
- TBC: 13.517 Juta Perjalanan Masuk Keluar Sempadan
- Bilangan Pelancong Domestik Dijangka Lepasi 6 Bilion Tahun Ini
- Jumlah Pelancong Domestik China 2023 Catat 4.891 Bilion
- Negara Asia Siap Terima Kedatangan Pelancong China Sempena TBC
- 135 Juta Melancong Semasa Cuti Tahun Baharu