- Lain-lain
Presiden Kazakhstan Bertemu Wang Yi
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev bertemu Menteri Luar China Wang Yi di Astana pada Isnin.
Tokayev berkata Kazakhstan merupakan rakan kongsi yang boleh dipercayai, dan sedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China.
Diharapkan bahawa kemajuan lebih besar diraih kedua-dua negara dalam kerjasama perdagangan dan sosiobudaya, selain menjalankan koordinasi yang lebih rapat dan efisien dalam isu antarabangsa.
Dalam pada itu, Wang menyatakan pembangunan China mewakili kekuatan keamanan serta unsur kestabilan yang makin bertambah di dunia, sekali gus mengukuhkan keupayaan negara membangun dan ekonomi baru muncul.
Wang menambah pembangunan China akan membawa peluang baharu kepada negara lain termasuk Kazakhstan.
China bersedia mengukuhkan penyelarasan strategik dengan Kazakhstan dalam rangka kerja pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), mekanisme China-Asia Tengah, dan Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah-Langkah Membina Keyakinan di Asia.
- Wang Yi Akan Hadir Sidang Menteri Luar SCO
- Xi, Tokayev Ucap Tahniah atas Pelancaran 'Tahun Pelancongan Kazakhstan' 2024
- Xi Temui Presiden Kazakhstan
- Xi Berunding dengan Presiden Kazakhstan
- China, Kazakhstan Komited Tingkatkan Kerjasama
- Xi Tahniah Tokayev Kekal sebagai Presiden Kazakhstan
- Xi Mula Lawatan ke Kazakhstan
- Lawatan Xi Perlihat Taraf Tinggi Hubungan China-Kazakhstan
- Hubungan China, Kazakhstan Terus Utuh