- Lain-lain
Li Qiang, Anwar Adakan Perbincangan
Perdana Menteri China, Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju akan terus mengintensifkan kerjasama bilateral, meningkatkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia ke paras yang lebih tinggi di samping mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu.
Demikian kata sepakat dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara tersebut dalam perbincangan mereka di Malaysia pagi tadi.
Li berkata, China bersedia mengambil peluang dari sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, mengekalkan dan merapatkan pertukaran peringkat tinggi, terus mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang, dan terus menambah elemen-elemen baharu ke Perkongsian Strategik Komprehensif kedua-dua negara.
"Kedua-dua pihak perlu meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, memanfatkan kelebihan milik masing-masing yang boleh saling melengkapi, bertindak pantas mendorong pembinaan projek mega, memperluas skala perdagangan dan pelaburan, menerokai kerjasama dalam bidang sumber tenaga boleh baharu, meningkatkan kerjasama dalam usaha pembasmian kemiskinan, dan mempergiat interaksi sosiobudaya demi matlamat kerjasama yang sama menang. Sementara itu, China bersedia bersama dengan Malaysia untuk mengamalkan lima prinsip tentang hidup secara damai, melindungi kedudukan pusat ASEAN dalam kerjasama serantau, berganding bahu untuk memberi sumbangan lebih positif bagi keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan serantau bahkan seluruh dunia," kata Li.
Anwar pula berkata, Malaysia konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China, memberi sokongan jitu kepada China dalam memperjuangkan penyatuan tanah air, tidak menyokong sebarang ucapan dan tindakan yang menganjurkan "kemerdekaan Taiwan", di samping bersedia terus mengintensifkan kerjasama pelbagai bidang dengan China sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik. Selain itu, Malaysia menyokong pelbagai inisiatif anjuran Presiden Xi Jinpin seperti Inisiatif Pembangunan Global (GDI), dan bersedia bersama-sama membina komuniti berkongsi nasib Malaysia-China.
Perdana Menteri kedua-dua negara ini bersetuju akan terus meningkatkan kerjasama bilateral, menaiktaraf pembinaan komuniti berkongsi nasib, di samping mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih padu. China dan negara ASEAN yang terbabit patut menangani masalah-masalah tentang Laut China Selatan secara berdikari dan mengekalkan hala tuju penyelesaian masalah melalui rundingan dua hala.
Selepas sesi perbincangan, Li dan Anwar bersama-sama menyaksikan pertukaran pelbagai dokumen kerjasama bilateral dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi.
Satu kenyataan bersama antara kerajaan kedua-dua pihak juga akan dikeluarkan semasa lawatan Li di Malaysia.
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- China Mahu Eratkan Hubungan dengan Malaysia, Australia dan New Zealand
- Hubungan Malaysia-China Semakin Akrab dan Rancak - Presiden MCA
- Malaysia Terima Set Pertama ETS3
- TVET di China Perlu Dijadikan Contoh – TPM
- ‘Utusan Khas’ China ke Malaysia Kini 10 Tahun
- PM Li Bertemu dengan TPM I Malaysia
- TPM Malaysia Lawat China Bermula Hari Ini
- China, Malaysia Komited Eratkan Hubungan Tingkatkan Kerjasama