- Lain-lain
China Mahu Majukan Perkhidmatan Awam Dalam Sektor Pelancongan
Pelancong menonton persembahan yang dipentaskan oleh penduduk tempatan di Kampung Huangluo di Kaunti Longsheng, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, selatan China, 26 Jun 2024. (Xinhua/Zhang Ailin)
Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (MCT) memaklumkan bahawa China akan mewujudkan sistem perkhidmatan awam pelancongan yang cekap, dengan menampilkan struktur lengkap, standard yang kukuh, operasi lancar dan kualiti tinggi menjelang tiga hingga lima tahun akan datang.
Menurut garis panduan yang dikeluarkan secara bersama oleh MCT dan lapan jabatan lain mengenai penambahbaikan perkhidmatan awam pelancongan itu bertujuan bagi meningkatkan kapasiti untuk menyediakan perkhidmatan awam pelancongan di kawasan yang lemah, pada waktu puncak dan untuk golongan berkeperluan khas.
Difahamkan, ia adalah bagi memastikan sistem itu serasi dengan pembangunan berkualiti tinggi sektor pelancongan.
Memetik garis panduan itu lagi, susun atur pusat pelancongan harus dioptimumkan dan perkhidmatan dalam talian untuk maklumat pelancongan perlu dipertingkatkan, selain turut meminta agar perhatian diberikan kepada pembinaan infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan pelancongan.
Menyentuh mengenai penambahbaikan kepada perkhidmatan awam untuk pelancongan masuk, garis panduan itu juga menetapkan usaha-usaha bagi meningkatkan perkhidmatan menyelamat kecemasan dalam sektor pelancongan, serta menggalakkan pembangunan bersepadu perkhidmatan kebudayaan awam dan perkhidmatan pelancongan awam.
MCT turut berikrar untuk berusaha mengkaji dan merumuskan piawaian yang relevan terhadap perkhidmatan awam pelancongan, serta mewujudkan mekanisme penyeliaan dan pengurusan yang tetap.
- China Catat Ledakan Pengembara Asing Separuh Pertama 2024
- Kemuncak Musim Panas Dijangka Catat 860 juta Perjalanan Pengembara
- Jumlah Pelancong ke Padang Rumput Nalati di Xinjiang Pecah Rekod
- Pelancong China Kekal Jadi Keutamaan Malaysia
- Lawatan Separuh Hari Percuma di Shanghai untuk Penumpang Transit Antarabangsa
- Tempahan Pelancongan Melonjak Menjelang Cuti Hari Pekerja
- Semakin Ramai Pelancong dari Negara ASEAN Masuk China dari Guangxi
- Shanghai Terima Kunjungan Pelancong Asing Berjumlah Besar
- Pengecualian Visa Rancakkan Pelancongan Asia Tenggara
- China Hadir Semula ITB Berlin 2024