99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wang Yi Hurai Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan

(CRI)Ahad 28 Julai 2024

Menteri Luar Wang Yi menghuraikan pendirian China berhubung isu Laut China Selatan semasa menghadiri siri mesyuarat menteri luar mengenai kerjasama Asia Timur di Vientiane, Laos pada Sabtu.

Wang berkata China mempunyai bukti sejarah dan asas undang-undang yang kukuh berkaitan kedaulatan wilayah serta hak dan kepentingan maritim di Laut China Selatan.

China sentiasa melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) secara menyeluruh dan efektif, selain berpendirian konsisten dalam mengendalikan perselisihan dengan baik menerusi dialog bersama pihak-pihak terbabit.

Menurutnya, China bersama negara ASEAN mendorong rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan, aktif memperkasa kerjasama praktikal dalam bidang maritim dan memelihara ketenteraman di perairan berkenaan.

Negara-negara di rantau ini memiliki keyakinan, kebijaksanaan serta keupayaan penuh untuk menangani isu Laut China Selatan.

Beliau berkata cubaan segelintir negara luar rantau yang asyik membuat kacau dan hasutan bahkan berniat menempatkan sistem peluru berpandu jarak sederhana di rantau ini adalah faktor pengganggu paling besar kepada keamanan di Laut China Selatan.

Video

Berita Berkaitan