- Lain-lain
Myanmar Dapat Sokongan China untuk Wujudkan Kedamaian Dalaman
Myanmar komited meletakkan keutamaan pada hubungannya dengan China, mengukuhkan persahabatan dengan China, konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, dan berperanan sebagai jiran baik yang boleh dipercayai.
Demikian dinyatakan pemimpin negara Myanmar, Min Aung Hlaing ketika ditemui Menteri Luar China, Wang Yi di sini pada Rabu.
Menurut Min Aung Hlaing, bersempena ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik Myanmar-China pada tahun depan, kedua-dua negara diharap boleh terus menyuburkan persahabatan tradisional dan menaiktaraf hubungan bilateral melalui penganjuran aktiviti perayaan. Pihaknya menghargai peranan konstruktif yang dimainkan China dalam mendorong proses damai di utara Myanmar, dan menanti-nantikan Beijing terus menyokong usaha yang dibuatnya dalam menjaga kestabilan domestik dan mengusahakan perdamaian secara politik.
"Myanmar sanggup terus bekerjasama dengan China dalam usaha membanteras jenayah transnasional membabitkan perjudian dalam talian dan penipuan menerusi telekomunikasi," kata beliau.
Sementara itu, Wang Yi berkata, China melaksanakan dasar persahabatan demi manfaat seluruh rakyat Myanmar, tidak mencampuri hal ehwal dalaman di negaranya, dan menghormati tradisi politik Myanmar serta pilihan yang dibuatnya dalam melakukan pembangunan mengikut acuan sendiri.
"China menyokong usaha yang dibuat Myanmar dalam memelihara kemerdekaan, kedaulatan, penyatuan negara dan keutuhan wilayah, mengusahakan pembangunan ekonomi, mendorong "Peta Garisan dari Lima Segi" dalam kerangka Perlembagaan, mewujudkan perdamaian secara politik, dan memulihkan proses transformasi demokrasi demi pencapaian landskap keamanan yang berkekalan.
"Sebagai jiran baik, China enggan melihat Myanmar terperangkap dalam rusuhan dan peperangan, dan menentang campur tangan dari kuasa luaran serta sebarang kenyataan dan tindakan yang berniat merenggangkan ikatan China-Myanmar dan menfitnah China," kata Wang.
"China bersedia memperdalam kolaborasi dengan Myanmar dalam pelbagai bidang, seperti mempercepat pelaksanaan projek mega pembangunan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Koridor Ekonomi China-Myanmar, meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan paip saluran petroleum dan gas asli kedua-dua negara, dan membantu Myanmar menambah baik hidup rakyat.
"China dan Myanmar dikehendaki membuahkan lebih banyak hasil yang ketara dalam membentuk komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara," tambah beliau.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Myanmar Serahkan 150 Suspek Jenayah Penipuan Telekomunikasi kepada China
- Penyerahan Dermaan China kepada Pelajar Myanmar
- Penerbangan Sulung Pesawat Kargo antara Dehong, Yangon Dijayakan
- Majlis Penyerahan Dermaan "Ikatan Silaturahim Jalan Sutera" di Yangon
- Pelajar Myanmar Tambah Ilmu Aeroangkasa
- Pameran Perdagangan Myanmar-China Buahkan Hasil
- Pembinaan Jaringan Internet Kereta Api Dali-Baoshan Dilancarkan
- Menteri Luar China, Pemimpin de facto Myanmar, Adakan Pertemuan Empat Mata
- Qi Gang Bakal Melawat Myanmar dan Hadiri Sidang Menteri Luar SCO di India
- Program Latihan Wusyu Dilancarkan di Myanmar