99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Penerbangan Sulung Pesawat Kargo antara Dehong, Yangon Dijayakan

(CRI)Khamis 04 April 2024

Sebuah pesawat kargo yang membawa barang seberat 3,094 kilogram dari Yangon, Myanmar selamat mendarat di lapangan terbang Mangshi, daerah Dehong, Yunnan di barat daya China pada pukul 1.40 petang Rabu. Selepas berhenti selama sejam 20 minit, pesawat itu berlepas pulang ke Yangon dengan membawa barang seberat 15,390 kilogram.

Ini menandakan kejayaan penerbangan sulung pesawat kargo antara daerah Dehong China dengan Yangon Myanmar.

Dehong sebagai hab penting dalam koridor ekonomi China-Myanmar, mempunyai pintu masuk paling banyak, jumlah nilai perdagangan terbesar dengan Myanmar.

Pengoperasian penerbangan pesawat kargo antara Dehong dengan Yangon bukan hanya dapat memendekkan masa pengangkutan, malah juga menjadikan saluran logistik antarabangsa bertambah banyak, sekali gus membuka peluang baharu kepada perdagangan luar tempatan.

Menurut pihak pengendali, penerbangan pesawat kargo antara Dehong dan Yangon akan diusahakan dua kali seminggu.

Video

Berita Berkaitan