99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Brunei Dorong Kerjasama Industri Sub-wilayah ASEAN

China, Brunei Dorong Kerjasama Industri Sub-wilayah ASEAN
Setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Parti Komunis China, Liu Ning menyampaikan ucapannya dalam forum Koridor Ekonomi Brunei-Guangxi (BGEC) di Guizhou, pada 25 Ogos 2024 (Xinhua/Li Meng)

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Mohd Amin Liew menyifatkan Koridor Ekonomi Brunei-Guangxi (BGEC) sebagai berperanan penting dalam memupuk rantaian nilai bekalan yang dinamik antara Brunei, China, dan negara-negara ASEAN yang lain sejak penubuhannya pada 2014, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata bahawa Brunei giat berusaha untuk mempelbagaikan ekonominya, dan turut mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari China di dalam sektor seperti makanan, pelancongan, perkhidmatan, minyak dan gas hiliran serta ICT.

“Kerjasama perindustrian yang bertumbuh antara Guangxi dan Brunei mencerminkan peluang jelas untuk kerjasama rentas sektor, khususnya dalam membangunkan rangkaian industri melalui perkongsian sumber dan penjajaran strategik,” ujar Mohd Amin semasa perjumpaan Kerjasama Bersama BGEC keempat pada Ahad.

Semasa mesyuarat itu,setiausaha Jawatankuasa Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Parti Komunis China, Liu Ning turut memperlihatkan pencapaian BGEC sepanjang dekad yang lalu, menunjukkan bahawa Guangxi bercita-cita untuk terlibat secara aktif dalam kerjasama sub-serantau antara China dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (EAGA).

Difahamkan, hampir 100 wakil daripada sektor kerajaan dan swasta dari Guangxi dan Brunei menghadiri mesyuarat itu, termasuk acara promosi perdagangan dan pelaburan sampingan.

Mohd Amin Liew, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kedua Brunei menyampai ucapan pada mesyuarat anjuran Koridor Ekonomi Brunei-Guangxi (BDEC) di Brunei pada 25 Ogos 2024. (Xinhua/Li Meng)

Video

Berita Berkaitan