- Lain-lain
Festival Tanglung yang Terbesar Bakal Warnai Beijing (5)
Foto menunjukkan reka bentuk pemasangan tanglung yang akan dipamerkan di pameran tanglung dari 14 September hingga 31 Oktober. (Foto ihsan pengangjur) |
Memetik laporan Beijing Daily, pesta tanglung besar dengan lebih 200 set tanglung kreatif pelbagai saiz dijadualkan berlangsung di Beijing dari 14 September hingga 31 Oktober.
Ditetapkan untuk bermula pada pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 11 malam setiap hari di Taman Ekspo Taman Beijing di daerah Fengtai, pameran tanglung itu akan mencatat rekod baharu sebagai pameran tanglung terpanjang, terbesar dan paling kompleks yang pernah diadakan di Beijing.
Pameran tanglung itu akan terdiri daripada sembilan zon bertema utama yang menampilkan tema seperti festival, landskap yang indah, budaya Beijing dan zaman kanak-kanak yang penuh warna.
Daripada 200 set tanglung yang akan dipamerkan, 75 set daripadanya merupakan tanglung bersaiz besar dan sederhana. Secara keseluruhannya, sebanyak 100,000 hiasan tanglung berwarna-warni akan dipamerkan di sembilan zon tersebut.
Tanglung Zigong, iaitu warisan budaya tidak ketara peringkat kebangsaan China yang terdiri daripada tanglung berwarna dari bandar Zigong, Provinsi Sichuan di barat daya China juga akan menyinari daerah Fengtai itu.
Dengan 70 peratus tanglung yang direka khusus untuk Beijing, acara itu dijangka mempamerkan intipati budaya Beijing. Melukis inspirasi daripada peninggalan budaya, lukisan tradisional Cina, puisi Cina dan Opera Peking, pameran itu merangkumi integrasi kreatif tanglung Zigong dan budaya Beijing yang terkenal.
Difahamkan, lebih daripada 150 kedai unik akan turut disediakan yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan produk, termasuk produk jenama terkenal sepanjang zaman, produk berkaitan warisan budaya tidak ketara, produk budaya dan kreatif, serta pelbagai pilihan tempat makan.
Lebih daripada 20 aktiviti bertema akan diadakan semasa pameran tanglung, termasuk persembahan lagu dan tarian, persembahan teater, dan aktiviti kebudayaan yang mengintegrasikan budaya tradisional dan moden Cina.
Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif, seperti membuat kraftangan dengan teknik warisan budaya tidak ketara, teka teka-teki tanglung, dan aktiviti deklamasi puisi.
Menurut penganjur, laluan pengangkutan khusus dan bas ulang-alik juga telah diaturkan manakala tempat letak kereta untuk acara tersebut turut diperluaskan.
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah