99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Seru Tindakan Praktikal Hentikan Pertempuran di Gaza

(CRI)Khamis 05 September 2024

China menyeru negara-negara yang mempunyai pengaruh penting terhadap pihak berkenaan mengambil tindakan praktikal untuk menghentikan pertempuran di Semenanjung Gaza dengan sikap ikhlas dan bertanggungjawab.

Demikian kata Timbalan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang semasa menyampaikan ucapan pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel pada Rabu.

Geng Shuang berkata, China mengutuk semua kegiatan ganas terhadap penduduk awam dan menolak semua tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

"China menyeru sekali lagi usaha diplomatik untuk menggalakkan pembebasan secepat mungkin semua tahanan, sama ada warga Israel atau warga Palestin.

"Pemimpin Israel perlu mendengar suara lantang rakyatnya, mengutamakan misi menyelamat tebusan dan nyawa dan berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan gencatan senjata dan menamatkan pertempuran," katanya.

Geng menegaskan lagi, walaupun masyarakat antarabangsa berusaha dan konsisten dalam menyeru gencatan senjata untuk menamatkan pertempuran, namun konflik di Gaza yang berlangsung selama hampir 11 bulan masih belum menunjukkan tanda-tanda keredaan.

"China menggesa semua pihak, terutamanya Israel, bersabar dan mengekang diri untuk memenuhi kewajipan mereka sebagai kuasa penakluk, menghentikan tindakan di pusat penempatan serta serangan di Tebing Barat Sungai Jordan, selain menghormati dan memelihara status quo Baitulmaqdis.

"China menyokong Majlis Keselamatan mengambil tindakan selanjutnya untuk menggalakkan pelaksanaan resolusi yang bertujuan untuk menghentikan pertempuran dengan seawal mungkin dan mengurangkan bencana kemanusiaan,” kata Geng.

Video

Berita Berkaitan