- Lain-lain
Syarikat 500 Teratas China Pamer Pertumbuhan Stabil
Syarikat 500 teratas China mempamerkan prestasi yang stabil pada tahun lalu dengan keuntungan yang meningkat serta fokus yang lebih baik terhadap inovasi, lapor agensi berita Xinhua hari ini.
Untuk rekod, senarai syarikat 500 teratas China tahun 2024 itu telah diterbitkan oleh Konfederasi Perusahaan China dan Persatuan Pengarah-pengarah Perusahaan China.
Menurut Xinhua, kesemua 500 syarikat terbesar itu menjana keuntungan secara gabungan sebanyak RMB110.07 trilion (sekitar RM66 trilion) pada 2023, iaitu meningkat 1.58 peratus dari tahun ke tahun.
Difahamkan, ambang pendapatan untuk kemasukan dalam senarai tahun ini ialah RMB47.38 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RMB383 juta berbanding tahun terdahulu.
Pada masa sama, intensiti penyelidikan dan pembangunan (R&D) purata bagi kesemua syarikat tersebut meningkat untuk tujuh tahun berturut-berturut, dengan jumlah perbelanjaan R&D sebanyak 1.9 peratus daripada keuntungan yang digabung, sekali gus menjadi yang tertinggi sejak tahun 2002.
- Pelaburan SOE Sasar Sektor Baru Muncul Catat Lonjakan
- PKS Sumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi Hebei
- PKS Catat Momentum Pemulihan Kukuh
- Tonjolkan Peranan Perusahaan Baharu yang Berspesifikasi Tinggi dan Khas
- Indeks Pembangunan PKS China Catat Peningkatan
- Pendapatan SOE China Meningkat Stabil
- Indeks Pembangunan PKS China Meningkat 1.1 Mata
- Indeks Pembangunan PKS China Naik Tiga Bulan Berturut-turut
- Indeks Pembangunan PKS China Terus Pulih