- Lain-lain
China, Iran Sepakat Promosi Pelaksanaan Pelan Kerjasama Komprehensif
China dan Iran bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala di samping mempromosikan pelaksanaan pelan kerjasama komprehensif.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Wang Yi mencapai persepakatan itu dengan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran Ali Akbar Ahmadian semasa pertemuan di Saint Petersburg, pada Khamis.
Wang berkata pihak China memuji pendirian kerajaan baharu Iran untuk mengekalkan persahabatan dan mengukuhkan hubungan baik dengan China.
"China bersedia berganding bahu dengan Iran untuk mendorong hubungan dua hala maju ke hadapan demi memberikan lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat," kata Wang.
Berbicara mengenai permuafakatan signifikan yang dicapai antara Iran dengan Arab Saudi di Beijing pada tahun lalu, Wang Yi menyatakan bahawa China menyokong Iran merungkai perselisihan pendapat dengan negara-negara lain melalui dialog.
"China menyokong Iran mengekalkan trend permuafakatan yang tidak mudah dicapai itu, agar mengeluarkan isyarat positif demi keamanan dan kestabilan serantau," kata Wang.
Ali Akbar Ahmadian pula berkata kerajaan baharu Iran komited untuk mengeratkan persabahatan dengan China, dan bersedia bersama China untuk memperkasakan pelaksanaan pelan kerjasama komprehensif kedua-dua negara.
"Iran ingin meluaskan kerjasama dengan China dalam ekonomi dan perdagangan, pelaburan, teknologi digital, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain," ujar beliau.
Selain itu, kedua-dua pihak juga sempat bertukar-tukar pendapat mengenai situasi di Gaza.
Mereka bersetuju bahawa langkah paling mendesak pada masa ini adalah mendorong gencatan senjata berkekalan dan pengunduran tentera secara menyeluruh, menyambungkan semula "Penyelesaian Dua Negara" secempat mungkin, sehingga merealisasikan "Palestin dimiliki, diterajui dan ditadbir rakyat Palestin".
- Utusan Khas Xi Hadiri Majlis Angkat Sumpah Presiden Iran
- China Bersedia Berkolaborasi dengan Kerajaan Baharu Iran, Majukan Hubungan Dua Hala
- Xi Utus Tahniah kepada Presiden Baharu Iran
- Utusan Khas Xi Hadir Upacara Perkabungan Presiden Raisi
- Xi Utus Takziah Kematian Presiden Iran
- China Janji Bantu Operasi SAR Helikopter Dinaiki Presiden Iran
- Perbualan Telefon Menteri Luar China-Iran Fokuskan Situasi Gaza
- Xi Jinping Temui Presiden Iran
- Pemulihan Hubungan Diplomatik Arab Saudi-Iran Dialu-alukan
- Qin Gang Bertemu dengan Menteri Luar Iran