- Lain-lain
China Gesa Israel Hentikan Pendudukannya di Gaza
Pendudukan tidak akan menjadikan Israel lebih selamat, sebaliknya hanya akan 'membiakkan' lebih banyak kebencian dan konfrontasi, selain menjerumuskan kedua-dua pihak Palestin dan Israel ke dalam kitaran ganas konflik kekerasan untuk selama-lamanya.
Demikian ujar Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap pada sesi Majlis Keselamtan PBB mengenai pelaksanaan resolusi 2334, yang mendesak Israel menghentikan kegiatan penempatan haram, pada Khamis.
"Hanya dengan menamatkan pendudukan dan membenarkan Palestin mencapai kemerdekaan, barulah dapat merealisasikan wujud bersama secara damai antara Palestin dan Israel, bahkan keamanan berkekalan di rantau Asia Barat," kata beliau.
Geng berkata, China menggesa Israel supaya menyingkirkan taasub penggunaan kekerasan, menghentikan operasi ketenteraan di Gaza dengan serta-merta, berhenti mencabuli kedaulatan dan keselamatan Lubnan, dan menghentikan segala tindakan berisiko yang boleh mengheret rantau itu ke dalam malapetaka lebih buruk.
- China Seru Tindakan Praktikal Hentikan Pertempuran di Gaza
- Rundingan Gencatan Senjata di Gaza Tak Boleh Terus Ditangguh: Duta China
- WFP Gantung Aktiviti Kemanusiaan di Gaza
- Rundingan Gencatan Senjata dan Penyelesaian Politik, Jalan Keluar Isu Israel-Palestin
- Segera Wujudkan Gencatan Senjata di Gaza dan Redakan Situasi Serantau - Wakil China
- UNSC Bersidang bagi Bincang Situasi Gaza
- China Kecam Serangan Israel terhadap Sekolah di Gaza
- Lebih 75,000 Warga Palestin Kehilangan Tempat Tinggal di Barat Daya Gaza
- China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-merta di Gaza
- China, Mesir Seru Sinergi Elak Situasi di Gaza daripada Meruncing