- Lain-lain
Jumlah Keluasan Tanah Ladang China Bertambah Tiga Tahun Berturut-turut
Kementerian Sumber Asli China pada Khamis mengumumkan negara Tembok Besar itu berjaya menyaksikan peningkatan bersih dalam jumlah keluasan tanah ladang selama tiga tahun berturut-turut, lapor agensi berita Xinhua.
Naib Menterinya, Liu Guohong berkata bahawa jumlah keluasan tanah ladang negara telah berkembang sebanyak 1.17 juta hektar sejak 2021.
Menurutnya, usaha berterusan untuk memfokuskan tanah ladang sebagai talian hayat kepada pengeluaran bijirin serta menambah baik langkah dalam pelaksanaan reformasi dan mekanisme akauntabiliti mengenai perlindungan tanah ladang merupakan faktor kepada pencapaian signifikan itu.
Kata Liu, sistem pengedalian yang dinamik pada peringkat provinsi telah diwujudkan bagi memastikan jumlah keseluruhan tanah ladang kekal seimbang.
China terus mengutamakan keterjaminan bijirin untuk kegunaan 1.4 bilion rakyatnya meskipun hanya mempunyai sembilan peratus tanah suai tani daripada jumlah keseluruhan di dunia.
Untuk itu, pelbagai langkah diambil pada tahun-tahun mutakhir untuk menambah baik pengeluaran bijirin termasuk membina tanah ladang bertaraf tinggi dan mempromosi teknologi pertanian.
Lapor Xinhua, pada musim panas baru-baru ini, China berjaya mencatatkan peningkatan pengeluaran bijirin terbesar, didorong oleh hasil tuaian gandum yang luar biasa.
- Epal Jadi Industri Besar di Yan’an
- Dekati Ladang Pertanian Eko di Shanghai
- Kukuhkan Asas Pertanian, Pacu Pembangunan Luar Bandar: Xi
- Mulanya Musim Bertani di China
- Makmal Benih Hainan Hasrat Jalin Kerjasama dengan Negara ASEAN
- Konsep Taman Teh Bumbungan di Hangzhou Tarik Pengunjung
- Rumah Hijau Pintar Tingkatkan Hasil Tanaman, Pendapatan di Xizang
- Kilang Tumbuhan Jadi ‘Taman Permainan’ Baharu Pengeluaran Pertanian
- Rancangan Realiti China Ubah Artis Jadi Usahawan Tani
- Buah Pic Fenghua Masuk Pasaran Global
- Lindungi Ekologi Sambil Jana Pembangunan di Lembangan Sungai Kuning - Xi
- China Galak Modenisasi Berteraskan Simbiosis Manusia, Alam Sekitar
- Pembinaan Taman Negara Kondusif bagi Perlindungan Alam
- 2,537 Badan Air Dimasukkan dalam Program Pembinaan Sungai dan Tasik Indah
- Xi Tanam Pokok di Beijing, Tekan Penghijauan Dipergiat di Seluruh Negara
- Kualiti Alam Sekitar di Perairan Pulau Huangyan Sangat Baik
- China Keluarkan Kertas Putih Mengenai Perlindungan Persekitaran Ekologi Laut
- Pembangunan Pelancongan Padang Pasir di Dalad Banner Seiring Dengan Perlindungan Ekologi
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- China Pendahulu Kapasiti Kawasan Tadahan Karbon untuk Hutan dan Padang Rumput