- Lain-lain
Makmal Benih Hainan Hasrat Jalin Kerjasama dengan Negara ASEAN
Makmal benih di Sanya, provinsi Hainan berhasrat merapatkan hubungan dengan negara ASEAN menerusi jalinan kerjasama dan program pertukaran.
Makmal Benih Teluk Yazhou merupakan antara lokasi dilawati warga media yang mengikuti Program Kenali Hainan "China Up Close" Rakan Media ASEAN pada Rabu.
Difahamkan, makmal itu menjalankan penyelidikan mengenai buah dan sayur tropika serta tanaman pertanian sebelum mengaplikasikan hasil kajian menggunakan kaedah seperti genetik, biologi molekul dan kecerdasan buatan.
Seorang penyelidik di makmal itu, Dr Wang Fuqiang berkata cuaca di Hainan mirip dengan negara ASEAN, selain mempunyai jenis tanaman pertanian yang sama.
Menurut beliau, kedua-dua pihak kini menghadapi masalah yang sama dalam mengusahakan tanaman antaranya bagaimana meningkatkan output dan kualiti, serta menjadikan tanaman kebal daripada serangan pelbagai jenis penyakit.
Dr Wang turut meluahkan keinginan untuk melakukan program pertukaran dan kerjasama dengan negara ASEAN antaranya projek penanaman sesbania, sejenis tumbuhan berbunga dalam keluarga kacang-kacangan.
Pada masa ini, projek penanaman sesbania yang diperkenalkan di sepuluh tempat antaranya wilayah Heilongjiang, Shandong dan Mongolia Dalam telah mendatangkan pelbagai manfaat kepada masyarakat setempat.
- Mulanya Musim Bertani di China
- Nilai Tambah Sektor Pertanian China Meningkat 3.3 Peratus
- Xi Tekankan Peningkatan Perlindungan dan Kualiti Tanah Ladang
- Musim Menuai di Pekan Ra'og, Tibet
- Lada Merah Bawa Kegembiraan Menuai di Guizhou
- Xi Sampai Salam Sempena Pesta Menuai
- Pesta Menuai Disambut Meriah
- Cili Hasilan Bohu untuk Kegunaan Bahan Warna Merah
- Dekati Ladang Pertanian Eko di Shanghai
- Kukuhkan Asas Pertanian, Pacu Pembangunan Luar Bandar: Xi
- Xi Periksa Kerja Pertanian Musim Bunga
- China Gariskan Landskap Pembangunan Pertanian yang Holistik
- Pakar Pertanian Cadang CPPCC Beri Lebih Sumbangan Modenisasi
- Hidup Lebih Mudah apabila Petani Guna Teknologi
- Xinjiang: Lebih 50 Peratus Pemindahan Anak Pokok Tomato Diselesaikan
- Teknologi Tanpa Manusia Permudah Penanaman Jagung di Xinjiang
- Xinjiang Pacu Pembangunan Berkualiti Industri Kapas
- Kaunselor Filipina Teruja Turun Padang Tinjau Pertanian China
- Dron Bantu Penuaian Gandum Waktu Malam
- Pangkalan Biak Benih Pintar Tingkat Kecekapan Bertani di Chongqing