99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Buah Pic Fenghua Masuk Pasaran Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 30 Ogos 2024

  Buah pic dari daerah Fenghua, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Feng Xin)

Buah pic dari daerah Fenghua, bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Feng Xin)

Buah pic berasal dari China dan sejarah masyarakat tempatan yang gemar menikmati buah tersebut sudah berlarutan sehingga 4,000 tahun.

Pada musim panas, keharuman pic akan dapat dihidu di pelbagai tempat, selain menjadi ‘bintang’ di gerai-gerai buah, kedai teh dan kedai pencuci mulut.

China merupakan pendahulu dalam penghasilan dan kawasan penanaman pic, dengan daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang adalah salah satu daripada kawasannya.

Dalam lebih 800 tahun kebelakangan ini, Fenghua menjadi kawasan yang ideal dalam penanaman pic.

Foto pokok pic di sebuah dusun di daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Yu Yafei)

Foto pokok pic di sebuah dusun di daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Yu Yafei)

Ketika ini, Fenghua menanam lebih 30 jenis pic merentasi kawasan seluas 35,000 mu (kira-kira 2,333 hektar), menghasilkan kira-kira 60,000 tan pic dan menjana nilai keluaran lebih RMB1 bilion (kira-kira RM600 juta) untuk keseluruhan rantaian perindustrian.

Foto pokok pic di sebuah dusun di daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Zhou Wenjuan)

Foto pokok pic di sebuah dusun di daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Zhou Wenjuan)

Dengan mempunyai iklim yang hangat dan lembap, ia sekali gus menjadikan Fenghua sebagai tempat ideal untuk menanam pic. Persekitaran unik ini menyemai setiap sel pic Fenghua dengan rasa manis yang meriah dan tidak tertanding, secara tidak langsung meletakkan ia sebagai kawasan pengeluaran pic utama di China.

Foto buah pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Wu Yaping)

Foto buah pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Wu Yaping)

Selain memfokuskan kepada pengurusan pra-penghasilan seperti kawalan serangga perosak, Fenghua kini turut mengutamakan latihan pengurusan pasca pengeluaran. Ia adalah termasuk kawalan kematangan yang tepat, logistik yang cekap dan peraturan suhu semasa pengangkutan. Untuk mencapai matlamat ini, Fenghua telah memperkenalkan sistem pengisihan pic termaju pertama di China.

Seorang wanita menjual pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Shu Wubin)

Seorang wanita menjual pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Shu Wubin)

Baru-baru ini, 600 kotak pic Fenghua memulakan terbang ke Dubai dengan setiap kotak mengandungi empat buah pic, berharga sekitar RMB40 (sekitar RM24) setiap biji.

Foto buah pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Yu Yafei)

Foto buah pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Yu Yafei)

Bagi Lin Yongjie yang selaku ketua Parti Komunis China di kampung Linjiacun, daerah Fenghua, beliau berpendapat bahawa buah pic merupakan kunci kepada kemakmuran kampungnya.

Jelasnya, ramai penduduk kampung bergantung kepada jualan pic untuk membina rumah baharu, selain menggunakan hasil jualan untuk menghantar anak masing-masing masuk ke kolej.

Pada tahun ini, musim pic berbunga tahun ini menarik hampir 300,000 lawatan pelancong ke kebun pic yang terkenal di kampung itu.

Foto buah pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Wu Hongwei)

Foto buah pic dari daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Wu Hongwei)

Terdahulu, buah pic Fenghua telah berjaya menembusi pasaran di negara seperti Singapura dan Belanda. Dengan penghantaran ke Dubai baru-baru ini, ia turut menandakan satu lagi peristiwa penting bagi buah pic Fenghua di pasaran Dubai.

Penduduk Fenghua mempunyai aspirasi yang lebih besar, dan mereka berharap buah pic di situ mampu didapati di setiap ceruk dunia.

Seorang penduduk kampung mengandar dua bakul pic di sebuah dusun di daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Xia Guoliang)

Seorang penduduk kampung mengandar dua bakul pic di sebuah dusun di daerah Fenghua di bandar Ningbo, Provinsi Zhejiang, timur China. (Foto/Xia Guoliang)

Video

Berita Berkaitan