99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Produk Vietnam, Guangxi, Xinjiang yang Jadi Pilihan Pengguna

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 26 September 2024

Majlis promosi kerjasama e-dagang rentas sempadan Jalan Sutera China-ASEAN diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada 24 September.

Sebelum penganjurannya, jabatan perdagangan Guangxi membuat tinjauan untuk mengetahui apakah produk-produk istimewa keluaran Vietnam, Guangxi dan Xinjiang yang popular dalam kalangan pengguna. Hasil pengundian telah diumumkan pada acara tersebut.

Antara produk yang disenaraikan termasuk gajus, kuih pes kacang dan gula kelapa dari Vietnam, mi sup Luosifen, telur itik masin dan susu kerbau dari Guangxi, serta susu tepung, plum dan walnut dari Xinjiang.

Hasil pengundian adalah seperti berikut:

Vietnam: gajus, kuih pes kacang, gula kelapa, penkek durian, kerepek nangka, kopi

Guangxi: Luosifen, telur itik masin, susu kerbau, buah oren, mangga, teh Liubao

Xinjiang: susu tepung, plum, walnut, jujube, kekacang, epal Aksu

Dimaklumkan, jabatan perdagangan Guangxi akan terus mengoptimumkan ekosistem dan rantaian industri e-dagang rentas sempadan, membina platform promosi kerjasama peringkat tinggi menyasarkan e-dagang China-ASEAN, memperkasakan peranan Inisiatif Jalur dan Laluan sebagai portal penting, dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih rapat.

Video

Berita Berkaitan