- Lain-lain
Ekonomi Digital China Mantap, Perdagangan Digital Makmur
Nilai tambah kluster industri utama dalam ekonomi digital China mewakili 10% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, manakala kapasiti industri pengiraan awan pula meningkat 35.5% tahun ke tahun, dengan mencatat RMB616.5 bilion (RM372 bilion). Selain itu, jumlah pengeluaran data telah meningkat 22.4%, menokok 32.85 ZB.
Demikian dimaklumkan dari satu sidang akhbar anjuran Jabatan Penerangan Dewan Negara China baru-baru ini.
Pertumbuhan ekonomi digital yang mantap di China turut menyumbang kepada kemakmuran perdagangan digital yang berorientasikan inovasi dan pembaharuan.
Penolong Menteri Perdagangan China, Tang Wenhong berkata bahawa perdagangan digital telah menjadi trend baharu dalam perdagangan antarabangsa dan juga penggerak baharu bagi pembangunan ekonomi.
Perdagangan digital China berkembang pesat sejak 2023. Import dan eksport perdagangan perkhidmatan China dalam bentuk pendigitalan bagi separuh tahun pertama 2024, naik 3.7% dengan mencapai RMB1.42 trilion (RM856 bilion), iaitu satu rekod baharu dalam sejarah. Pada masa yang sama, import dan eksport e-niaga rentas sempadan pula direkodkan pada paras tertinggi dalam sejarah dengan menokok RMB1.22 trilion (RM736 bilion), naik 10.5%.
Sementara itu, China berjaya melipatgandakan daya saingnya dalam bidang perdagangan digital, terbukti dengan termeterainya kontrak perkhidmatan sumber luar pesisir yang bernilai USD151.36 bilion (RM640 bilion), dan pendapatan sebanyak USD16.67 bilion (RM70.6 bilion) melalui jualan permainan video dalam talian yang diterokai dan dihasilkannya di seberang laut pada 2023.
- PM China Gesa Transformasi Digital Sektor Pembuatan
- Persidangan Ekonomi Digital Global 2024 Buka Tirai di Beijing
- DCS ke-7 Lakar Hasil Memberangsangkan
- Ekonomi Digital Sumbang 42 peratus KDNK Guizhou
- Ekspo Perdagangan Digital Global Pamer Kedinamikan Inovasi
- Tadbir Urus Ekonomi Digital Jadi Fokus Forum Hongqiao
- Netizen di China Cecah 1.079 Bilion
- Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 Tumpu Pembangunan Pendigitalan
- Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 Buka Tirai
- Sidang Kemuncak Digital China keenam Buka Tirai