- Lain-lain
Khidmat Dron Hantar Barang Rancak di Tembok Besar Pada Cuti Hari Kebangsaan
Dalam tempoh cuti hari kebangsaan China selama tujuh hari, pesanan menggunakan khidmat penghantaran dron dilihat melonjak di Tembok Besar Badaling, Beijing.
Difahamkan, perkhidmatan itu mula beroperasi pada Ogos dan dikendalikan oleh Meituan, gergasi perkhidmatan makanan China. Barang yang dihantar termasuk minuman sejuk, masakan panas, ubat kecemasan dan sebagainya.
Perjalanan yang ditempuh kira-kira satu kilometer dan hanya mengambil lima minit berbanding 50 minit jika mendaki dengan berjalan kaki.
Perkhidmatan serupa kini ditawarkan di bandar raya termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Shenzhen, merangkumi lebih 30 laluan penerbangan dengan jumlah pesanan melebihi 300,000.
Gambar menunjukkan dron sedang menghantar barang di Tembok Besar. (Foto/Guan Le)
- Industri Dron China Catat Pertumbuhan Pesat
- Industri Kereta Terbang China Mula Berkembang Pesat
- Pertunjukan Cahaya Dron Tampilkan Budaya Tradisional China di HK
- Dron Kargo Mula Bawa Anak Benih dari Hainan
- Penggiat Industri Letak Harapan Tinggi Buat Ekonomi Altitud Rendah
- Syarikat Shanghai Sempurnakan Penghantaran Pertama 'Teksi Udara' di Dunia
- UAV Terbang di Taman Perindustrian Anyang
- Dron Hantar Makanan Laut Mula Khidmat di Shenzhen
- Pertunjukan Dron Makin Biasa Apabila Ekonomi Meningkat