- Lain-lain
Xi Ucap Tahniah kepada Prabowo Subianto Jawat Presiden Indonesia
Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Prabowo Subianto yang mula menyandang jawatan Presiden Indonesia, hari ini.
Xi menyatakan bahawa China dan Indonesia adalah jiran baik sejak zaman dahulu kala. Perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara terus dieratkan dan memasuki fasa pembinaan komuniti berkongsi nasib.
Menurut Xi, tahun depan menandakan ulang tahun ke-75 penjalinan hubungan diplomatik China-Indonesia, dan ia diyakini akan menyediakan peluang baharu bagi peningkatan kerjasama dua hala.
"Saya bersedia untuk mengekalkan komunikasi strategik yang rapat dengan Presiden Prabowo, membawakan komuniti berkongsi nasib China-Indonesia ke tahap lebih tinggi, selain membuka lembaran baharu demi kerjasama, perpaduan, dan sama menang antara negara membangun yang besar," kata Xi.
- China, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama BRI
- Perkhidmatan EV Syarikat China Digunakan Pada Forum Indonesia-Afrika
- China-Indonesia Lancar Makmal Penyelidikan Bersama di Bandung
- Mesyuarat Pegawai Kanan Mekanisme “2+2” China-Indonesia Diadakan
- Pelajar Indonesia Selami Warisan Budaya Tidak Ketara di China
- China, Indonesia Ikrar Perkasa Kerjasama BRI
- China, Indonesia Ikrar Dorong Pembangunan Komuniti Berkongsi Nasib
- Ketua DPR Indonesia Lawat China Bermula Esok
- Duta Besar RI: Siswa Berpotensi Jadi Jambatan Hubungan China-Indonesia
- China, Indonesia Perincikan Pelaksanaan Projek Kerjasama Fasa Selanjutnya