99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Failkan Pertuduhan Berhubung Keputusan EU tentang Tarif Import BEV

(CRI)Rabu 30 Oktober 2024

China pernah berulang kali menyatakan bahawa terdapat banyak perkara yang tidak adil dan tidak selaras dengan peraturan berkenaan dalam siasatan anti-subsidi Kesatuan Eropah (EU) ke atas import kenderaan elektrik bateri (BEV) buatan China, yang sebenarnya merupakan amalan perlindungan perdagangan atas nama pembelaan “persaingan adil”. China tidak bersetuju dan tidak menerima keputusan muktamad yang dibuat EU itu, dan sudah memfailkan pertuduhan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), di samping terus bertindak pantas memelihara hak dan kepentingan milik sektor korporat domestik.

Demikian dinyatakan Jurucakap Kementerian Perdagangan China hari ini.

Jurucakap itu menambah, rundingan teknikal antara kedua-dua pihak China dan EU berlangsung untuk pusingan baharu pada masa sekarang, dan pihak EU diharap mengambil sikap konstruktif bersama-sama dengan China mendorong rundingan itu berdasarkan prinsip "praktikal dan seimbang" supaya penyelesaian yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak dicapai dengan secepat mungkin, dan pergeseran perdagangan dapat dielakkan daripada meningkat.

Menurut laporan berkenaan sebelum ini, Suruhanjaya Eropah telah memaklumkan bahawa siasatan berkenaan sudah berakhir dan pihaknya memutuskan mengenakan tarif anti-subsidi muktamad ke atas BEV yang diimport dari China untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Video

Berita Berkaitan