- Lain-lain
Kedutaan Indonesia di China Adakan Sambutan Hari Kebangsaan
Duta Besar Indonesia ke China Djauhari Oratmangun berucap pada majlis sambutan Hari Kebangsaan. Foto ihsan Kedutaan Besar Indonesia |
Kedutaan Besar Indonesia di China mengadakan satu majlis sambutan di Beijing pada 29 Oktober sempena Hari Kebangsaan ke-79 Indonesia. Acara diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Naib Menteri Luar China Sun Weidong. Turut hadir, perwakilan dari pelbagai negara asing serta pegawai-pegawai kanan China yang lain.
Dalam ucapannya, Duta Besar Indonesia Djauhari Oratmangun menaruh harapan baik terhadap masa depan hubungan bilateral antara Indonesia dengan China di bawah pimpinan kerajaan baharu negaranya.
Pada 20 Oktober 2024, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka masing-masing dilantik sebagai presiden dan naib presiden Indonesia untuk tempoh 2024 hingga 2029. Kehadiran Naib Presiden China Han Zheng pada majlis angkat sumpah di Jakarta mencerminkan iltizam kedua-dua negara untuk memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama strategik.
Djauhari Oratmangun berkata, Indonesia mengamalkan dasar luar yang bebas dan proaktif, sentiasa komited untuk menyumbang kepada kedamaian dan keselamatan dunia, dan bertekad untuk menyemarakkan hubungan muhibah dengan negara-negara sahabat termasuk China.
Menerusi penganjuran majlis sambutan ini, kedutaan Indonesia berharap dapat memperkasakan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, di samping memperingati ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada 2025.
Naib Menteri Luar China Sun Weidong (tengah) turut hadir sebagai tetamu kehormat. Foto ihsan Kedutaan Besar Indonesia |
Pada 29 Oktober, Kedutaan Besar Indonesia di China mengadakan majlis sambutan Hari Kebangsaan di Beijing. Foto ihsan Kedutaan Besar Indonesia |
Pada 29 Oktober, Kedutaan Besar Indonesia di China mengadakan majlis sambutan Hari Kebangsaan di Beijing. Foto ihsan Kedutaan Besar Indonesia |
Pada 29 Oktober, Kedutaan Besar Indonesia di China mengadakan majlis sambutan Hari Kebangsaan di Beijing. Foto ihsan Kedutaan Besar Indonesia |
- Presiden Indonesia Baharu Terima Kunjungan Naib Presiden China
- Han Zheng akan Lawat Indonesia dan Brunei
- Xi Ucap Tahniah kepada Prabowo Subianto Jawat Presiden Indonesia
- China, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama BRI
- Perkhidmatan EV Syarikat China Digunakan Pada Forum Indonesia-Afrika
- China-Indonesia Lancar Makmal Penyelidikan Bersama di Bandung
- Mesyuarat Pegawai Kanan Mekanisme “2+2” China-Indonesia Diadakan
- Pelajar Indonesia Selami Warisan Budaya Tidak Ketara di China
- China, Indonesia Ikrar Perkasa Kerjasama BRI
- China, Indonesia Ikrar Dorong Pembangunan Komuniti Berkongsi Nasib