99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Mesyuarat Ke-6 Kumpulan Kewangan China-AS di Washington

(CRI)Jumaat 01 November 2024

Sempena sidang tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia (WB) pada Oktober, kumpulan kewangan China dan Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan mesyuarat ke-6 di Washington.

Kedua-dua pihak telah mengadakan komunikasi dalam suasana yang profesional, praktikal, terus terang dan konstruktif berhubung situasi kewangan ekonomi makro, dasar mata wang, kestabilan dan kawal selia kewangan, pasaran sekuriti, pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan.

Pada mesyuarat itu, China telah memperkenalkan pakej dasar insentif bagi memacu pertumbuhan ekonomi domestiknya, termasuk dua dasar utama Bank Rakyat China yang bertujuan mendukung kestabilan dan pembangunan pasaran sekuriti, iaitu kemudahan pertukaran melibatkan sekuriti, tabung dan badan insurans (SFISF) serta ketersediaan pinjaman kewangan kepada syarikat tersenarai yang bertindak membeli semula atau menambah pegangan saham syarikat sendiri.

Kedua-dua pihak juga mendengar laporan pakar tentang penyusunan borang imbangan pendapatan dan pembayaran antarabangsa, komunikasi tentang risiko G-SIBs, iklim dan risiko industri insurans, di samping membincangkan kaedah memperkasakan kawal selia kewangan transnasional.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan bersama oleh Naib Gabenor Bank Rakyat China, Yi Changneng dan Penolong Setiausaha Perbendaharaan AS, Brent Neiman.

Video

Berita Berkaitan