- Lain-lain
Lebih 90 Peratus Syarikat Asing Berpuas Hati Dengan Persekitaran Perniagaan di China
Foto yang diambil menggunakan dron pada 16 Mei 2024 ini memaparkan trek percubaan bandar milik Syarikat Teknologi Volkswagen China (VCTC) di Hefei, Provinsi Anhui, timur China. (Xinhua)
Agensi berita Xinhua pada Khamis melaporkan satu tinjauan oleh Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China mendapati bahawa lebih daripada 90 peratus syarikat asing di China berpuas hati dengan keadaan persekitaran perniagaan di negara Tembok Besar itu.
Menurut tinjauan tersebut yang dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini ke atas kira-kira 400 perniagaan asing, Sun Xiao, jurucakapnya berkata bahawa terdapat sekitar 50 peratus responden yang menyatakan bahawa pasaran China adalah lebih menarik.
Beliau berkata, lebih 60 peratus tinjauan syarikat daripada Amerika Syarikat berpendapat bahawa tarikan terhadap pasaran China untuk pelaburan asing kini menjadi lebih kuat apabila menyaksikan kenaikan 15.26 mata peratusan dari suku ke suku.
Tambah Sun, sekitar 20 peratus syarikat asing yang ditinjau telah menzahirkan hasrat untuk menambah pelaburan di China, dengan peningkatan 2.07 mata peratusan.
Dalam tinjauan itu lagi, didapati kira-kira 54.76 peratus syarikat asing memilih untuk menambah pelaburan di China dengan mengembangkan barisan pengeluaran atau mengejar transformasi digital.
- Syarikat 500 Teratas China Pamer Pertumbuhan Stabil
- Pelaburan SOE Sasar Sektor Baru Muncul Catat Lonjakan
- PKS Sumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi Hebei
- PKS Catat Momentum Pemulihan Kukuh
- Tonjolkan Peranan Perusahaan Baharu yang Berspesifikasi Tinggi dan Khas
- Indeks Pembangunan PKS China Catat Peningkatan
- Pendapatan SOE China Meningkat Stabil
- Indeks Pembangunan PKS China Meningkat 1.1 Mata
- Indeks Pembangunan PKS China Naik Tiga Bulan Berturut-turut
- Indeks Pembangunan PKS China Terus Pulih