99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Magnet Peti Sejuk Mahkota Phoenix di Muzium Jadi Tular

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 01 November 2024

Foto magnet peti sejuk yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Foto magnet peti sejuk yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Muzium Negara China kini menjadi perbualan hangat bagi warga tempatan susulan barangan budaya dan kreatif terkini iaitu magnet peti sejuk yang diilhamkan oleh mahkota phoenix Maharani Xiaoduan Dinasti Ming (1368-1644) menjadi tular.

"Magnet peti sejuk mahkota phoenix telah menjadi popular dengan pantas, menyaksikan 1,700 keping magnet terjual dalam masa dua jam sahaja," kata Liao Fei, timbalan pengarah jabatan pembangunan perniagaan muzium itu.

Pelawat memilih produk di kedai produk budaya dan kreatif Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Pelawat memilih produk di kedai produk budaya dan kreatif Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Difahamkan, peminat sanggup berbaris seawal 6 pagi meskipun dalam keadaan hujan musim luruh yang renyai-renyai untuk mendapatkan satu magnet sahaja.

Hanya dalam tempoh tiga bulan selepas penampilan sulungnya, jumlah jualan magnet peti sejuk telah menghampiri 80,000 keping, dengan jumlah jualan semua produk budaya dan kreatif yang menampilkan mahkota phoenix melebihi RMB10 juta (AS$1.4 juta) , iaitu angka yang dihadkan oleh kapasiti pengeluaran.

Kejayaan magnet peti sejuk itu dilihat memberi kejutan kepada pasukan reka bentuk produk budaya dan kreatif muzium.

"Kami pada mulanya menghasilkan kumpulan kecil hanya untuk menguji pasaran yang ada. Kami tidak pernah menjangka ia akan menjadi begitu popular," kata Liao sambil tidak dapat menahan daripada tersenyum gembira.

Foto menunjukkan rantai kunci yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Foto menunjukkan rantai kunci yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Idea ini bermula apabila pasukan reka bentuk menyedari pelawat kerap menyiarkan swafoto dengan pameran mahkota phoenix asal di media sosial pada musim panas lalu, yang membawa kepada perkembangan pantas produk budaya dan kreatif berkaitan dengan mahkota itu.

Menurut Liao, pasukan reka bentuk yang terdiri daripada tujuh ahli termasuknya dan sering menonton pameran serta mengikuti topik popular di platform media sosial untuk mencari inspirasi.

Muzium ini telah mengambil pelbagai langkah untuk menjamin kualiti magnet peti sejuk mahkota phoenix kerana proses pengeluarannya yang rumit.

"Kapasiti pengeluaran telah ditingkatkan sehingga kira-kira 3,000 keping setiap hari," kata Liao.

Foto menunjukkan cermin kosmetik yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Foto menunjukkan cermin kosmetik yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Sejak itu, pasukan reka bentuk tersebut telah mengembangkan koleksi yang berkaitan dengan mahkota phoenix untuk memasukkan lebih 10 barangan, daripada buku nota dan mainan mewah kepada rantai kunci dan juga kopi, dengan beberapa produk mencapai kejayaan yang luar biasa.

Untuk memerangi perebut dan memastikan akses yang adil, muzium telah melaksanakan had pembelian harian dalam talian dan fizikal mulai 13 Ogos.

"Fenomena budaya ini menggalakkan dan mencabar," kata Liao, sambil menambah bahawa ia menunjukkan potensi besar dalam pasaran untuk produk budaya dan kreatif.

Pengunjung beratur untuk mengambil gambar mahkota phoenix Maharani Xiaoduan Dinasti Ming (1368-1644) di Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Pengunjung beratur untuk mengambil gambar mahkota phoenix Maharani Xiaoduan Dinasti Ming (1368-1644) di Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Pengguna media sosial kini menganggap ia sebagai satu trend untuk mengambil gambar magnet peti sejuk mereka yang baru dibeli bersama paparan mahkota asal, yang kekal sebagai satu-satunya pameran yang memerlukan orang ramai beratur di dewan pameran China Purba di muzium itu.

"Kami sedang membangunkan lebih banyak produk budaya dan kreatif, yang semuanya perlu mencerminkan estetika Cina dan dekat dengan kehidupan sebenar," kata Liao.?

 Foto menunjukkan kotak muzik yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Foto menunjukkan kotak muzik yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Produk budaya dan kreatif yang berkaitan dengan mahkota phoenix malah telah mencipta kesan riak (ripple effect) dalam bidang pekerjaan, dengan kilang yang berkaitan perlu menambah pekerja masing-masing sebanyak kira-kira 50 peratus untuk memenuhi permintaan yang besar.

Foto menunjukkan buku nota yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Foto menunjukkan buku nota yang diilhamkan oleh Dinasti Ming (1368-1644) mahkota phoenix Maharani Xiaoduan dan dibangunkan oleh Muzium Negara China. (Foto ihsan akaun rasmi Beijing Daily)

Video

Berita Berkaitan