- Lain-lain
Dasar Bebas Visa Lonjak Pelancongan Masuk ke Xi’an
Dua pelancong antarabangsa bersiar-siar di Xi’an. (Foto Xi’an Daily)
China meluaskan lagi dasar bebas visanya kepada sembilan negara pada 8 November, dengan antara negara terlibat adalah termasuk Korea Selatan, Finland, Norway, Denmark dan Iceland.
Difahamkan, pemegang pasport dari kesemua sembilan negara tersebut dikecualikan daripada visa untuk memasuki China, dan boleh tinggal sehingga 15 hari bagi tujuan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan transit.
Lanjutan itu, Xi’an turut menerima tempiasnya, dengan menjadi salah satu bandar popular dalam kalangan rakan-rakan antarabangsa.
Pelancong antarabangsa menunggu giliran sebelum memasuki kawasan pemandangan Tembok Besar Xi’an. (Foto Xi’an Daily)
Sehari selepas pengumuman tersebut, penerbangan pesawat KE811 dari Seoul telah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Xianyang Xi’an, menandakan tibanya kumpulan pertama kemasukan pelancongan bebas visa dari Korea Selatan.
Memetik laporan agensi berita Xi’an Daily, salah seorang daripada pelancong tersebut memuji dasar baharu itu setelah berjaya melalui kesemua prosedur pelepasan dalam tempoh kurang daripada tiga minit.
Dengan pembukaan pelbagai laluan antarabangsa dari Xi’an pada tahun ini termasuk penerbangan ke Samarkand, Budapest, Ho Chi Minh dan Milan, laluan udara antarabangsa di Xi’an menyaksikan pertumbuhan pesat – menarik pelancong untuk mengalami sendiri budaya China.
Untuk rekod, pada tahun ini, jumlah kemasukan pelancong asing di Xi’an telah melebihi 100,000, iaitu peningkatan 2.4 kali ganda berbanding tahun terdahulu, sementara lebih 40,000 warga asing telah memasuki Xi’an secara bebas visa, sekali gus memperlihatkan kenaikan 12 kali ganda.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Rantingnya Penuh dengan Epal dan Petani Buah Gembira dengan Hasil Tuaian
- Perjanjian Pengecualian Visa China-Thailand Berkuatkuasa
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Enam Negara
- Xi’an Beri Pengesahan Lawatan Individu Pertama untuk HK, Makau
- China Kuatkuasakan Pengecualian Visa terhadap Enam Negara Mulai Hari Ini
- Jom Ke China | Xi'an, Kemuncak Budaya Shaanxi
- Bersantai Dalam Suasana Hiruk-Pikuk di Xi’an
- Poskad Bersetem Diperkenal Sempena 50 Tahun Penemuan Pahlawan Terracotta
- Xi Adakan Tinjauan di Bandar Baoji dan Tianshui
- Foto Udara Terusan Zhengguo, Khazanah Pemuliharaan Air Seribu Tahun
- 9 Negara Lagi di Bawah Dasar Bebas Visa China
- Pelancongan China-Thailand Semakin Rancak Berkat Layanan Bebas Visa
- China Lanjut Pengecualian Visa untuk Warga Malaysia Hingga 2025
- Lebih 940,000 Pelancong Manfaatkan Dasar Bebas Visa di Hainan
- Pelancong Asing Naik Kapal Persiaran ke China akan Dikecualikan Visa
- China akan Kecualikan Visa kepada Pengembara New Zealand, Australia dan Poland
- China Perluas Dasar Transit Bebas Visa ke Lebih Banyak Pintu Masuk
- Thailand Lanjutkan Tempoh Bebas Visa Bagi Pelancong Asing
- Dasar Bebas Visa Lonjak Kedatangan Pelancong China ke M’sia Hampir 200 Peratus
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Empat Negara Lagi