- Lain-lain
Xi Bertemu PM Thailand
Presiden China Xi Jinping bertemu Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31 di Lima, Peru pada Jumaat.
Xi menyatakan China dan Thailand akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dan 'Tahun Keemasan Persahabatan' pada tahun depan.
China sedia bersinergi dengan Thailand untuk menyemarakkan persahabatan tradisional, mengukuhkan penyelarasan strategi pembangunan, memperdalam perkongsian pengalaman tadbir urus negara, menggalakkan kerjasama saling untung, bantu-membantu dalam usaha pemodenan sekali gus memajukan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara.
Beliau menekankan perlunya mempercepat pembinaan landasan kereta api China-Thailand, memperluas kerjasama dalam bidang memuncul seperti tenaga baharu, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), di samping meningkatkan pertukaran dan kerjasama melibatkan budaya, pendidikan, belia dan sebagainya.
Beliau turut meluahkan hasrat China ingin mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dengan Thailand dalam pelbagai mekanisme multilateral seperti Kerjasama Lancang-Mekong (LMC), ASEAN, BRICS dan APEC.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Tentera China, Thailand Bakal Adakan Latihan Bersama
- PM Baharu Thailand Komited Rapatkan Hubungan dengan China
- PM Baharu Thainland Jangkakan Kerjasama Lebih Banyak dengan China
- Tambah Elemen Baharu dalam Konsep "Keluarga China-Thailand Sehati Sejiwa"
- Wang Yi Bertemu Puteri Sirindhorn
- Ahli Dewan Negara China Bertemu Puteri Sirindhorn
- Wang Yi Menemui PM Thailand
- Wang Yi Berunding dengan TPM Thailand
- Wang Yi Bertemu Puteri Sirindhorn
- China, Thailand Tandatangani Perjanjian Pengecualian Visa Dua Hala