- Lain-lain
Wartawan Asing: Kebahagiaan di Komuniti Guiyang Sangat Tinggi
Kumpulan muzik tempatan membuat persembahan. (People’s Daily Online/Yang Qian)
Tahap kebahagiaan penduduk sebuah komuniti di bandar Guiyang, provinsi Guizhou, mendapat pujian wartawan asing yang mengikuti lawatan ke sana.
“Saya rasa tahap kebahagiaan penduduk di komuniti ini sangat tinggi,” ujar Mario Pascal, wartawan dari Radio Republik Indonesia, Medan.
Mario, salah seorang daripada 17 wakil media Asia Pasifik yang mengikuti lawatan pada 25 Oktober, turut memuji kemudahan-kemudahan yang tersedia di komuniti tersebut sebagai sangat lengkap.
Wartawan asing melawat komuniti pintar. (People’s Daily Online/Long Zhangyu)
Komuniti berkenaan yang dipanggil “Tiejiancheng”, dibangunkan oleh China Railway Construction Urban Development Co., Ltd.
Difahamkan, sekitar 60 peratus daripada prasarana sokongan di sana telah siap dibina pada masa ini, termasuk Taman Tasik Yinma yang merangkumi sebuah pusat keluaran fesyen antarabangsa dan pusat ekuestrian, masing-masing yang pertama di provinsi Guizhou.
Juga siap dibina, 30 peratus daripada kemudahan sokongan peringkat rantau seperti sekolah, pusat kesihatan, perpustakaan dan kantin, serta 10 peratus daripada kemudahan komuniti termasuk Pasar Guanghe dan Kebun Guanghe.
Kesemua ini merupakan hasil komitmen Guiyang untuk menambah baik pendidikan, budaya, kesihatan, makanan, perumahan dan pengangkutan buat golongan tua dan muda, dengan terbinanya satu “lingkaran kehidupan 15 minit” yang memperkasakan rasa beroleh manfaat serta kebahagiaan dan keselamatan dalam kalangan penduduk.
Wartawan asing melawat pameran seni. (People’s Daily Online/Yang Qian)
Melalui integrasi industri dan bandar, wujudnya kawasan-kawasan aktiviti kebudayaan dan ruang bandar yang sesuai dihuni bagi memenuhi keperluan kehidupan santai dan hiburan penduduk.
“Di sini, boleh nampak apa yang sebenarnya dipanggil komuniti,” kata Mario, selepas melihat sendiri perkhidmatan pintar seperti lampu isyarat dan kabin kesihatan pintar yang beroperasi di sana.
Wartawan asing menyertai acara sukan ekuestrian komuniti. (People’s Daily Online/Yang Qian)
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Konsert Tepi Jalan Guiyang, Alunan Irama Hidup Bahagia
- Etnik Miao Raikan Festival Guzang dan Tahun Baharu Tradisional di Guizhou
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Ayuh Ikuti Lawatan Maya Jambatan Sungai Yachi
- Rombongan Wartawan Asia-Pasifik Lawat Kawasan Baharu Gui’an
- Sidang Perkongsian Media di Guiyang Wadah Peserta Bertukar-tukar Pandangan
- Wartawan Timor Leste Kenali Sulaman Miao di Xijiang
- Jom ke Guizhou dan Menari Bersama-sama
- Guru, Penyuluh Hidup Kanak-kanak di Gunung
- Guizhou Manfaatkan Kelebihan Pengkomputeran Untuk Perkasakan Industri