- Lain-lain
China Komited Permudahkan Perjalanan Pelancong Asing
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning. (Foto fmprc.gov.cn)
Kementerian Luar China memaklumkan untuk terus mempermudah pergerakan rentas sempadan, sekali gus mengalu-alukan kedatangan pelancong dari semua negara bagi mendekati hasil pembangunan China, di samping mengunjungi tempat-tempat popular.
Jurucakapnya, Mao Ning berkata demikian dalam satu sidang media pada Rabu ketika diminta mengulas mengenai penambahan dasar bebas visa untuk pelancong ke atas sembilan lagi negara mutakhir ini.
Memetik laporan GlobalTimes, Mao juga menyatakan komitmen China untuk memastikan agar menjadikan kehidupan dan suasana bekerja yang lebih selesa buat warga asing di negara Tembok Besar.
Menurut beliau, tempat-tempat seperti Beijing, Shanghai, dan Guandong telah menambah baik perkhidmatan pembayaran termasuk menerusi peranti telefon bimibit, kad bank dan tunai, bagi memudahkan urusan beli-belah dalam talian dan pengangkutan kepada warga asing.
Jelas Mao, sehingga kini, bilangan bandar yang menyediakan tetingkap khas untuk memberikan perkhidmatan sehentian kepada warga asing bagi mendapatkan permit kerja dan permit tinggal dengan kadar yang lebih cepat juga semakin bertambah.
Malah, beliau berkata bahawa penyedia telekomunikasi juga menambah baik perkhidmatan bahasa asing, selain memperkenalkan pakej-pakej baharu, sekali gus mempermudah warga asing dalam mengakses dan menggunakan 5G.
Sehingga hari ini, China telah melakasana dasar bebas visa ke atas 38 negara, selain menerima pakai perjanjian pengecualian visa timbal balik dengan 25 negara.
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Lagi Banyak Negara Asing Tersenarai dalam Skim Pengecualian Visa China
- Lapangan Terbang Daxing Beijing Kendali 4 Juta Penumpang Antarabangsa
- Dasar Bebas Visa Lonjak Pelancongan Masuk ke Xi’an
- 9 Negara Lagi di Bawah Dasar Bebas Visa China
- China Laksanakan Pengecualian Visa terhadap Empat Negara Lagi
- Dasar Bebas Visa Lonjak Kedatangan Pelancong China ke M’sia Hampir 200 Peratus
- Thailand Lanjutkan Tempoh Bebas Visa Bagi Pelancong Asing
- China Perluas Dasar Transit Bebas Visa ke Lebih Banyak Pintu Masuk
- China akan Kecualikan Visa kepada Pengembara New Zealand, Australia dan Poland
- Pelancong Asing Naik Kapal Persiaran ke China akan Dikecualikan Visa