99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sorotan Perkembangan Pelabuhan Yantian Shenzhen (2)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 28 November 2024
Sorotan Perkembangan Pelabuhan Yantian Shenzhen

Sebagai nod penting dalam rantaian bekalan global, Pelabuhan Yantian mengendalikan lebih sepertiga volum import dan eksport perdagangan asing provinsi Guangdong. Ia menghubungkan serata dunia dengan hampir 100 laluan pengangkutan kargo laut yang beroperasi setiap minggu.

Pada Januari hingga Oktober tahun ini, Terminal Kontena Antarabangsa Yantian membuka 18 laluan perkapalan baharu, yang liputannya termasuk Amerika Utara, Amerika Latin, Mediterranean, Oceania dan Asia. Saluran-saluran ini membantu syarikat China melebarkan sayap ke peringkat global secara efisien.

Memetik Biro Maritim Yantian Shenzhen, dalam lapan bulan pertama 2024, Pelabuhan Yantian mengendalikan sebanyak 9.6637 juta TEU kontena, meningkat 12 peratus tahun ke tahun. Bilangan kapal yang keluar masuk pelabuhan pula naik 14.9 peratus kepada 63,363 manakala jumlah kargo bertambah 13.7 peratus kepada 37.9453 juta tan.

Video

Berita Berkaitan