- Lain-lain
Persidangan 'Understanding China' 2024 Platform untuk Dalami Dasar Negara China
Persidangan 'Understanding China' 2024 merupakan landasan yang sangat baik untuk mendalami dasar dalam dan luar negara China.
Konsul Jeneral Malaysia ke Guangzhou Suraya Pauzi berkata penganjuran persidangan ini juga akan membuka peluang kepada negara-negara yang ingin meningkatkan hubungan kerjasama dengan China, untuk memahami strategi pembangunan terkini negara Tembok Besar khususnya dari aspek politik, ekonomi, sosiobudaya dan teknologi.
Ujarnya China merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia justeru Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan pemahaman terhadap negara China supaya dapat melonjakkan lagi kerjasama dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor berkepentingan.
"Walaupun Malaysia dan China mempunyai hubungan dua hala dan kerjasama sedia ada yang cukup erat, kita sentiasa mempunyai ruang untuk mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara ini untuk kepentingan bersama."
Sementara itu ketika ditanya wartawan CGTN Malay mengenai peranan yang boleh dimainkan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun depan dalam usaha meningkatkan kestabilan dan kemakmuran bersama China-ASEAN, Suraya berkata Malaysia percaya bahawa China memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan kekuatan ekonomi ASEAN, justeru Malaysia akan berusaha untuk meningkatkan kerjasama serantau dan rangka kerja serantau berasaskan peraturan yang inklusif.
"Malaysia akan bekerjasama rapat dengan China untuk menangani isu-isu berkaitan peluang perdagangan dan pelaburan serta penggalakan budaya. Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia bahkan menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dalam landskap geopolitik yang dinamik dalam ASEAN.”
Mengulas mengenai hubungan diplomatik Malaysia-China yang sudah berusia 50 tahun, beliau berkata pertukaran lawatan peringkat tertinggi yang kerap antara kedua-dua negara selain China sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut dengan penambahan pelbagai jenis barangan import dan eksport, membuktikan keakraban dan kekuatan hubungan dua hala Malaysia-China.
Malah pencapaian terbaharu hubungan perdagangan kedua-dua negara yang boleh dibanggakan adalah pengeksportan pertama buah durian segar dari Malaysia ke China pada suku ketiga tahun ini.
"Malaysia akan sentiasa mengenal pasti sektor baharu yang boleh diterokai dengan China contohnya dalam pelaburan kenderaan elektrik (EV) dimana China merupakan antara negara termaju dalam bidang ini, bagi merealisasikan sasaran Malaysia untuk mencapai 15 peratus penggunaan EV pada tahun 2030.”
Suraya berkata demikian ketika ditemui wartawan CGTN Malay pada Persidangan 'Understanding China' 2024 di Guangzhou hari ini.
- Video: PM Anwar Sifatkan Kerjasama Malaysia-China Meningkat Secara Menyeluruh, Strategik
- Teroka Pasar Malam di Shenzhen
- Skrin Paparan Lut Sinar Karbon Rendah, Mesra Alam
- Bar Oksigen Mikroalga, ‘Paru-paru Hijau’ Dalam Bangunan di Shenzhen
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Malaysia-China Youth Leadership Camp 2024 Kukuhkan Hubungan Belia Dua Negara
- Lebih 50 Buah Syarikat China Sertai Smart Nation Expo 2024 Malaysia
- Pembinaan Komuniti Kongsi Masa Depan Malaysia-China Memuncak?- wawancara bersama PM Anwar Ibrahim
- Minggu Kerjasama Rakan Media ASEAN 2024, Platform Terbaik Eratkan Hubungan China-ASEAN
- Hubungan Akrab Malaysia-China Hasil Pemikiran Yang Sama Pemimpin Kedua-dua Negara - Mohamad Hasan
- Presiden Xi Bertemu PM Anwar
- Li Qiang, Anwar Komited Wujudkan Kemakmuran Bersama China-Malaysia
- Syarikat Malaysia Perlu Manfaatkan CIIE Untuk Kembangkan Pasaran Ke China - CEO MATRADE
- China, Malaysia Sepakat Promosi Kerjasama Maritim
- Festival Filem China Buka Tirai di KL