- Lain-lain
PBOC Bakal Lancar Syiling dan Wang Kertas Kenang-kenangan, Rai TBC
Foto bahagian depan syiling aloi tembaga yang menampilkan nama bank, nilai muka, corak bunga dan elemen-elemen lain. (Foto PBOC) |
Bank Rakyat China (PBOC) iaitu bank negara China, mengumumkan untuk melancarkan satu set syiling dan wang kertas kenang-kenangan, sebagai tanda meraikan Tahun Baru Cina (TBC) yang akan datang iaitu pada 29 Januari 2025.
Menurut PBOC, kesemua set tersebut terdiri daripada syiling emas, syiling perak, syiling aloi tembaga dan sekeping wang kertas, serta akan mula dikeluarkan pada 16 Disember nanti.
Difahamkan, syiling aloi tembaga dengan saiz diameter 27 milimeter itu mempunyai nilai muka sebanyak RMB10, dan akan dikeluarkan sebanyak 100 juta keping.
Syiling emas bulat satu gram yang mengandungi satu gram emas tulen, mempunyai had pengeluaran maksimum 150,000 keping, sementara syiling perak rombik 8 gram yang mengandungi 8 gram perak tulen pula mempunyai had pengeluaran maksimum 1,500,000 keping.
Manakala, wang kertas bersaiz 145 milimeter panjang dan70 milimeter lebar pula mempunyai nilai muka RMB20, dengan had maksimum pengeluaran juga sebanyak 100 juta helai.
Menurut makluman, bahagian depan syiling emas dan perak menampilkan elemen tuah tradisional China, yang membawa simbol kebahagiaan dan rahmat.
- Tahun Baru Cina Kini Dalam Senarai Warisan Tidak Ketara UNESCO
- Xi, Isteri Sampai Salam kepada Guru dan Pelajar AS Sempena TBC
- Bunga Segar Laris Sempena TBC
- Pusat Beli-belah Changchun Buat Naga Guna Ribuan Belon
- Kedutaan Besar dan Konsulat China Sambut TBC 2024
- Setiausaha Agung PBB Guterres Sampaikan Perutusan TBC 2024
- Kanak-kanak Changchun Gayakan Rambut untuk TBC
- Xi Ucap Selamat Menyambut TBC kepada Seluruh Rakyat
- Xi Ucap Selamat TBC kepada Seluruh Anggota Tentera
- Tren Perlahan Jamin Kelancaran pada Kemuncak TBC