99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Keberanian Pemuda Macao Tolak Keselesaan, Terokai Bidang Keusahawanan Kini Buahkan Hasil

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 12 Disember 2024

(Nota: Rencana ini diambil dari agensi berita Xinhua, dan diterjemah serta disunting semula oleh People’s Daily Online bahasa Melayu)

Fu Tang Long, 26, seorang pemuda dari Macao mengambil langkah berani pada 2014 apabila dia menolak kerjaya dalam sektor perkhidmatan awam tempatan yang stabil, dan sebaliknya menerokai dalam bidang keusahawanan di tanah besar China.

Menurutnya, ketika itu dia dilihat tanah besar berpotensi untuk dirinya berkembang khususnya dalam bidang baru muncul seperti e-dagang, serta mampu menawarkan peluang yang tidak berpenghujung kepadanya.

Namun demikian, terjunannya ke dalam dunia e-dagang tidak mudah, apabila perniagaannya yang pertama menemui kegagalan dalam beberapa bulan.

Menerimanya sebagai satu pengajaran, Fu bangkit dan mula mencari nasihat daripada usahawan, dan cuba mengubah suai strategi, seterusnya menyaksikan produknya perlahan-lahan menjadi produk laris di dalam salah satu platform e-dagang popular di tanah besar.

Dia berkongsi bahawa dua elemen penting dalam keusahawanan adalah untuk mempunyai mentor serta kebolehan untuk belajar daripada kesilapan. Atas semangat itu, Fu mendapat semangat untuk menjadi mentor kepada usahawan muda lain, supaya dapat mengelak kesilapan yang sama, seterusnya berdikari menceburi haluan keusahawanan masing-masing.

Pada 2019, Fu kembali ke Macao yang ketika itu sedang mengalami transformasi serta perluasan wilayah menerusi pelan pembangunan Kawasan Teluk Besar (GBA) Guandong-Hong Kong-Macao yang berobjektif untuk memperdalam integrasi antara tiga wilayah, sekali gus membina ekonomi yang lebih pelbagai dan tersambung.

Dia berpendapat bahawa GBA bukan sekadar mengenai pertumbuhan ekonomi, tetapi juga menghubungkan pasaran.

“Kini kita boleh mengambil peluang di tanah besar, dan juga pasaran antarabangsa walaupun berada di Macao,” ujar Fu.

Dengan peluang baharu muncul dalam industri perkhidmatan bertaraf tinggi seperti kewangan modern, undang-undang, IT dan media digital, pemuda di Macao tidak lagi terhad dengan kerjaya lama seperti pelancongan dan perhotelan.

Foto fail menunjukkan Fu Tang Long (tengah) sedang mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sekerjanya dalam satu mesyuarat di Macao, selatan China pada 15 September 2022. (Foto/Xinhua)

Foto fail menunjukkan Fu Tang Long (tengah) sedang mengadakan sesi perbincangan dengan rakan sekerjanya dalam satu mesyuarat di Macao, selatan China pada 15 September 2022. (Foto/Xinhua)

Tatkala pandemik COVID-19 menular pada 2020, dia melihat peluang untuk dirinya berkongsi manfaat dengan warga tempatan, dengan mula menawarkan latihan percuma dalam media baharu dan penstriman langsung e-dagang yang merupakan sektor popular di tanah besar.

Mengimbas kembali keadaan dahulu di Macao, Fu yang kini Presiden Insitut Penyelidikan Industri Digital Macao berkata bahawa peluang dalam e-dagang adalah terhad, dan sokongan daripada dasar GBA serta integrasi Macao ke dalam ekonomi digital telah mengubah keadaan usahawan muda secara sepenuhnya.

Visi Fu untuk kembali pulang ke kampung halamannya melangkaui kejayaan peribadi. Dia memperkenalkan inisiatif untuk melatih hampir 4,000 pemuda dan membantu lebih daripada 350 perusahaan kecil sederhana dalam penstriman langsung e-dagang.

Usahanya berjaya menjana pendapatan lebih daripada AS$16 juta, secara tidak langsung menghidupkan semula perniagaan yang dahulu bergelut, serta memperkenalkan Macao kepada pasaran global.

Kedudukan unik Macao sebagai pintu masuk antara China dan negara-negara berbahasa Portugis turut menarik kehadiran lebih ramai bakat muda. Peralihan daripada perlancongan dan kasino kepada ekonomi yang pelbagai telah membuka peranan dalam teknologi, kewangan, dan digital media, seterusnya memberi kekuatan kepada generasi seterusnya untuk meneruskan cita-cita global.

Meskipun dilihat sebagai kecil, namun Fu percaya bahawa peluang yang ditawarkan kepada golongan muda adalah luas, yang disifatkannya sebagai mampu meneruskan untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan antarabangsa secara signifikan.

Video

Berita Berkaitan