- Lain-lain
China, Rusia Perbanyak Komunikasi dan Penyelarasan dalam Kerangka Pelbagai Hala
China dan Rusia perlu memperbanyak komunikasi dan penyelarasan dalam kerangka pelbagai hala yang melibatkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), mekanisme kerjasama BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dengan tegas memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan PBB, dan mengamalkan multilateralisme sebenar untuk mendorong perkembangan orde antarabangsa ke arah lebih saksama dan munasabah, sekali gus bersama-sama melindungi kestabilan strategik global serta kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping ketika menerima kunjungan Pengerusi Parti Rusia Bersatu, Dmitry Medvedev, di Beijing pada Khamis.
Mengenai isu krisis Ukraine, Xi menyatakan, China pernah kerap kali menekankan peri pentingnya untuk menegakkan tiga prinsip iaitu 'menjaga kesan limpahan dari medan perang, tidak menaiktaraf pertempuran dan pelbagai pihak terbabit mengelakkan tindakan yang mengapi-apikan", yang dipercayai boleh membantu meredakan situasi semasa dengan secepat mungkin.
Beliau menambah bahawa China berpendirian konsisten dalam melakukan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan syarat yang kondusif bagi penyelesaian krisis itu secara politik.
Medvedev pula menyampaikan surat Presiden Rusia Vladimir Putin kepada Xi dan menyatakan bahawa pihaknya akan melaksanakan dengan teguh konsensus yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara bagi menggalakkan kerjasama dan penyelarasan dari segi strategi.
- China, Rusia Adakan Rondaan Udara Bersama Kali Ke-9
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Rusia
- China, Rusia Sepakat Pertingkat Koordinasi
- China, Rusia Anjur Pusingan ke-19 Rundingan Keselamatan Strategik
- Makanan Laut dari Rusia Jadi Hidangan Pelanggan China
- Hubungan Rusia-China Berdasarkan Saling Hormat, Kata Putin
- Formasi yang Sertai Latihan Tentera China-Rusia Tiba di Qingdao
- Xi, Putin Bertukar Ucapan Tahniah Ulang Tahun Ke-75 Ikatan Dipomatik
- Tingkatkan Penyelarasan dengan China dari Segi Strategi Pembangunan - Putin
- China, Rusia Sepakat Tingkatkan Komunikasi Strategik