99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kelulusan Pelaburan Asing RMB749.7 Bilion di China bagi 11 Bulan Pertama

(CRI)Ahad 15 Disember 2024

Menurut perangkaan diumumkan Kementerian Perdagangan China semalam, kelulusan pelaburan asing di China bagi tempoh dari bulan Januari hingga November tahun ini menurun 27.9% tahun ke tahun, dengan mencatat RMB749.7 bilion (RM458.5 bilion). Penurunan terbabit berkurangan 1.9% berbanding tempoh dari Januari hingga Oktober 2024, iaitu sudah menyusut untuk tiga bulan berturut-turut.

Kelulusan pelaburan asing bagi bulan November pula meningkat 6% berbanding bulan yang sama tahun yang lalu.

Perangkaan tersebut juga mendedahkan bahawa terdapat sebanyak 52,379 buah syarikat pelaburan asing yang baru ditubuhkan di seluruh China pada 11 bulan pertama tahun ini, meningkat 8.9% tahun ke tahun.

Dalam pada itu, nisbah sektor perkilangan teknologi canggih dalam keseluruhan pelaburan asing meningkat 0.3%, manakala industri perkilangan kelengkapan perubatan, komputer dan kelengkapan pejabat, serta industri perkhidmatan teknologi profesional masing-masing meningkat 3.4%、39.1% dan 19%.

Pelaburan dari sebahagian entiti ekonomi maju terus meningkat di China, antaranya pelaburan dari Jerman, Singapura dan Switzerland masing-masing naik 10.9%, 4.8% dan 4% berbanding tempoh yang sama tahun yang lalu, sedangkan ASEAN merekodkan peningkatan 6.4%.

Video

Berita Berkaitan