- Lain-lain
China Komited Memberi Sumbangan kepada Pembangunan Ekonomi Dunia
Ekonomi China menunjukkan trend pemulihan sejak awal tahun ini dan unjuran pasaran turut meningkat ketara.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media di sini, pada Selasa.
"China mempunyai keyakinan dan keupayaan untuk mendorong ekonomi China terus berkembang secara mantap dalam jangka masa panjang, serta memberi sumbangan yang lebih besar kepada pembangunan ekonomi dunia," ujar beliau.
Menurut laporan, Presiden Bank Dunia, David Malpass pada Isnin berkata, ekonomi dunia akan menjadi lemah pada tahun ini, namun China akan dikecualikan daripada kelembapan itu, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China dijangka naik lebih daripada 5 peratus untuk 2023.
Pada akhir Mac, Bank Dunia mengeluarkan laporan situasi ekonomi di Asia Timur dan rantau Pasifik, menaikkan unjuran kadar pertumbuhan ekonomi China untuk 2023 kepada 5.1 peratus.
Dalam pada itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa dalam laporan tinjauan ekonomi dunia edisi terbaharu turut meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi China akan mencapai 5.2 peratus pada 2023, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi global.
Wang Wenbin menyatakan, banyak organisasi antarabangsa telah menaikkan jangkaan pertumbuhan ekonomi China tahun ini. Di samping itu, beberapa media utama dan ahli ekonomi antarabangsa juga menganggap data-data ekonomi China sebagai isyarat yang penuh harapan, serta berharap lonjakan aktiviti ekonomi dan permintaan China akan memberikan lebih rangsangan kepada pertumbuhan ekonomi global.
"Pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada dunia, dan pembangunan dunia juga memerlukan China."
"China akan mempercepat penerokaan pasaran domestik, memperkasakan keterbukaan bertahap tinggi, di samping itu, meluaskan pembukaan institusi dari segi undang-undang, peraturan, pengurusan dan piawaian," ujar Wang.
Beliau berkata, Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) ketiga sedang diadakan di Hainan, manakala Pameran Import dan Eksport China (Canton Fair) ke-133 pula akan membuka tirainya di Guangdong tidak lama lagi.
"Selain itu, aktiviti-aktiviti lain seperti Forum Sidang Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan ketiga dan Ekspo Import Antarabangsa China ke-6 juga akan diadakan pada tahun ini."
- IMF: Dunia Terima Manfaat Besar Hasil Pemulihan Ekonomi China
- GAMF Fokus Tindak Balas terhadap Perubahan Landskap Dunia
- Li: Pertumbuhan Ekonomi China Berpurata 5.2% Setiap Tahun
- Moody Naikkan Unjuran Ekonomi China
- Pertunjukan Dron Makin Biasa Apabila Ekonomi Meningkat
- Mesyuarat G20 Seru Perkasa Kolaborasi Polisi
- Syarikat Multinasional Terus Kembang Sayap di China
- Pelabur Asing Yakin Prospek Ekonomi China: CCPIT
- Ekonomi Dunia Memerlukan China: Menteri UAE
- Ekonomi Singapura Naik 3.6% pada 2022