- Lain-lain
Forum Pembangunan Industri Karbon Rendah Hijau CNE di Shanghai
Forum Pembangunan Industri Karbon Rendah Hijau sebagai salah satu komponen Ekspo Keneutralan Karbon Antarabangsa Shanghai (CNE) telah diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC) di bandar Shanghai semalam. Forum yang bertemakan "merealisasikan hijau dan karbon rendah melalui pendigitalan" ini berperanan mencipta momentum bagi sektor pembuatan Shanghai dalam tranformasi ke arah mesra alam, dan mencetuskan inspirasi mengenai tranformasi melalui pendigitalan, sekaligus membantu sektor berkenaan mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi, pencapaian puncak pelepasan karbon dan peneutralan karbon.
Berdepan dengan situasi dan tugasan baharu, Shanghai giat menggubal senario pembangunan yang berorientasikan hijau dan karbon rendah, mencipta momentum melalui pendigitalan, meningkatkan penyelarasan dalam transformasi ke arah hijau melalui pendigitalan dalam bidang utama, menyelami kes yang bersifat teladan dan memperkasa promosi yang berkenaan, di samping memperhebat pertukaran dan kerjasama, menubuhkan platform terbabit dan memperdalam kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi, peralatan, piawaian dan kewangan hijau.
- China Pacu Pembangunan Hijau Sektor Perindustrian
- Industri Kejenteraan Beralih ke Arah Pintar dan Hijau
- Forum Data Dunia PBB Buka Tirai di Hangzhou
- China Capai Kemajuan Signifikan dalam Usaha Penghijauan
- Jiangxi: Usaha Capai Pembangunan Hijau
- Neutraliti Karbon Tawar Peluang Kerjasama Pelbagai Hala
- Unsur “Hijau” Makin Menonjol dalam Ekonomi China
- Industri Hijau, Momentum Baharu Ekonomi China
- China Edarkan Kertas Putih Mengenai Pembangunan Hijau
- Industri Perhutanan China 2022 Berprestasi Cemerlang