- Lain-lain
China Bantah Dakwaan Tanpa Alasan yang Dilontarkan AS
Isu Taiwan sama sekali adalah urusan dalaman China yang tidak boleh dicampur tangan kuasa asing. Cubaan "kemerdekaan Taiwan" dan hasutan dari kuasa luar adalah ancaman paling serius bagi kedamaian Selat Taiwan. Perlunya tegas menentang "kemerdekaan Taiwan" kalau benar-benar mahu memelihara kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan. Jurucakap Kementerian Luar China, berkata demikian ketika membalas dakwaan tanpa alasan yang diuar-uarkan wakil Amerika Syarikat (AS) yang menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur tentang isu Taiwan dan Laut China Selatan.
Jurucakap itu menggesa AS agar mematuhi prinsip Satu China dan peraturan yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS dengan bersungguh-sungguh, menghentikan cubaannya yang mencampuri urusan dalaman China melalui mengeksploitasi isu Taiwan.
China sentiasa menentang negara di luar rantau ini mencetuskan masalah dan menghasut perlawanan, malah menjejaskan kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan. China dan ASEAN sedang dengan aktif mendorong rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC). Negara dari luar rantau ini sepatutnya menghormati usaha tersebut untuk membincangkan CoC dan memelihara kedamaian dan kestabilan di Laut China Selatan.
Kebanyakan negara yang menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur menganjurkan peningkatan kerjasama melalui dialog bersifat konstruktif dan rundingan untuk sinergi mengukuhkan kepusatan ASEAN dalam pertumbuhan serantau.
Bagaimanapun, dakwaan AS yang kelihatan sengaja mengetepikan topik sidang itu, mencemarkan suasana kerjasama dan membelakangi hasrat rakyat rantau ini, sebenarnya mencerminkan plotnya mahu mengganggu dan menjejaskan kerjasama Asia Timur dan keamanan serantau.
Akhirnya, tindakan AS yang bagaikan menjeret leher sendiri itu tidak mendapat apa-apa pun sahutan dalam sidang tersebut.
- China Sangkal AS Salur Bantuan Ketenteraan kepada Taiwan
- 'Kekang China dengan Isu Taiwan' Nescaya Gagal
- Rondaan dan Latihan PLA di Sekitar Taiwan
- China Bantah Keras Lawatan 'Transit' Lai Ching-te ke AS
- China Sangkal Lawatan 'Transit' Lai Ching-te ke AS
- AS Digesa Tarik Balik Akta Berkaitan Taiwan
- China Bantah Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan
- Jangan Hantar Isyarat Salah kepada Pemisah ‘Kemerdekaan Taiwan’
- Forum Selat ke-15 Lakar Hasil Memberangsangkan
- China Tegas Jaga Kedaulatan Negara