- Lain-lain
PM Bangladesh Bakal Rasmi Rel BRI Laluan Jambatan Padma
Sebuah landasan kereta api mega yang akan melintasi Jambatan Padma, iaitu jambatan terbesar di Bangladesh yang dibina oleh China, akan dirasmikan pada bulan depan.
Pada Khamis, kerajaan Bangladesh melancarkan kereta api pertama dengan koc penumpang buatan China di sebahagian besar laluan kereta api Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mega yang baru dibina melalui Jambatan Padma.
Difahamkan, landasan asepanjang 172 kilometer di atas jambatan itu merupakan salah satu projek paling penting yang masing-masing dibina dan dibiayai oleh China Railway Group Limited (CREC) dan Bank Eksport-Import China.
Menjelang upacara pelancarannya, Kereta Api Bangladesh turut menjalankan operasi percubaan di landasan yang baru dibina dari Stesen Kereta Api Kamalapur, di bahagian tengah Dhaka.
Kereta api khas itu turut dinaiki oleh Menteri Kereta Api Bangladesh, Nurul Islam Sujan, beberapa pegawai kanan, penggubal undang-undang, ahli politik dan wartawan.
Menurut Sujan, upacara perasmian bagi perkhidmatan kereta api untuk laluan Dhaka-Bhanga pada 10 Oktober itu nanti akan dilakukan sendiri oleh Perdana Menteri, Sheikh Hasina.
Untuk rekod, ukuran sambungan rel Jambatan Padma yang sehingga ke Jashore di barat daya Bangladesh adalah sejauh 172 kilometer dan laluan itu dijadualkan siap pada 2024.
Pada Jun 2022, Sungai Padma, iaitu laluan yang menghubungkan puluhan daerah di selatan Bangladesh dengan ibu kota Dhaka, menamatkan sepenuhnya laluan bagi feri dan bot selepas jambatan itu dibuka kepada awam.
Kedua-dua jambatan dan kereta api tersebut, yang merupakan bahagian penting rangkaian kereta api trans-Asia, dijangka dapat menggalakkan ketersambungan serantau dan pembangunan ekonomi Bangladesh.
- Saintis Muda Tumpukan Kerjasama Sains dan Teknologi dalam BRI
- Bina Jalur dan Laluan demi Pembangunan Menang-menang Episod 4: Pembangunan Mampan Jana Pertumbuhan Hijau
- Bina Jalur dan Laluan demi Pembangunan Menang-menang Episod 5: Projek Sara Hidup BRI Membawa Manfaat kepada Semua
- Perdagangan Kargo China dengan Negara-negara BRI Tumbuh 8% Setiap Tahun
- GCI, Satu Lagi Barang Awam Penting untuk Masyarakat Antarabangsa
- Konsep Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan Mendapat Sambutan Hangat
- BRI Cipta Peluang Pembangunan Bersama
- MV "Silk Road Journey To Prosperity" Dilancarkan
- Industri Pameran Pulih Menyeluruh di China
- Perkongsian, Kunci BRI Disambut Baik
- BRI Menyumbang kepada Usaha Kemanusiaan Global
- Sambutan Hari Pelayaran China ke-19
- Manfaat BRI kepada Negara Anggota Semakin Terserlah
- Ekspo China-Arab ke-6 akan Diadakan di Yinchuan pada September
- China Komited Promosi Kerjasama BRI
- China Lancar Langkah Fiskal Baharu, Rangsang Sektor Swasta
- Keterlibatan HKSAR dalam Pelaksanaan BRI Makin Dalam
- "Dua Negara Dua Taman" China-Indonesia untuk Manfaat Bersama
- Rumput Kecil Ikat Hubungan Mesra Sepanjang Jejak BRI
- BRF Ketiga Diadakan di Beijing pada Oktober