- Lain-lain
Rakan Antarabangsa Lawat Yan'an untuk Mengetahui tentang "Semangat Merah" (3)
Rombongan warga dari pelbagai negara untuk memperdekat kesalinghubungan rakyat melawat Dewan Memorial Revolusi Yan’an. (People’s Daily Online/Zhang Rong) |
Pada 9 Oktober, rombongan warga dari pelbagai negara yang dijemput oleh Yayasan Keamanan dan Pembangunan China (CFPD) tiba di kampung Liangjiahe, bandar Yan’an, provinsi Shaanxi. Rombongan melawat Muzium Sejarah Kampung Liangjiahe, bekas kediaman zhiqing (pemuda-pemudi terpelajar yang dihantar ke kawasan pedalaman untuk pembangunan tempatan dalam rancangan "Gerakan Naik Gunung Turun Desa"), dan tempat-tempat lain, untuk mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang cerita di sebalik “semangat merah”.
Martin Azzorpardi ialah seorang guru di "China Corner" di St. Margaret's College Secondary School, Malta. Martin telah banyak kali melawat China. “Malta ialah salah satu negara pertama yang menyertai pembinaan bersama Inisiatif ‘Jalur dan Laluan’ (BRI), dan kami berbesar hati dapat menjadi peserta dalam inisiatif ini. BRI menghimpunkan pelbagai budaya dan menyatukan orang dari pelbagai negara. Inilah yang kita perlukan. Kita tidak perlukan peperangan, kita perlu berkongsi budaya dan idea antara satu sama lain.” Dalam temu bual, Martin juga menyanyikan lagu tradisional China “Jasmine”.
Dr. Yahya Nawanda, Pesuruhjaya Wilayah Simiyu Tanzania berkata bahawa lawatan ini amat berharga. “Lawatan ke Yan’an kali ini membantu saya memahami China dengan lebih baik. China ialah negara yang inklusif. Kami sebagai rakyat Tanzania juga mendapat manfaat daripada ciri inklusif dan terbuka China,” kata Nawanda.
Pada 10 Oktober, rombongan melawat Dewan Memorial Revolusi Yan’an, Tapak Revolusi Yangjialing dan tempat-tempat lain. Zoon Ahmed Khan (atau Ming Zhu), penyelidik di Center for China and Globalization (CCG) menyatakan rasa terharu selepas mengunjungi Tapak Revolusi Yangjialing. Ujarnya kepada People’s Daily Online, “rasa tanggungjawab dan misi setiap generasi Parti Komunis China menjadi batu asas bagi penubuhan Republik Rakyat China. Dedikasi mereka yang tidak mementingkan diri amat mengagumkan.” Katanya lagi, pengajaran sejarah sebegini bukan sahaja membolehkan generasi muda memahami negara mereka dengan lebih mendalam, tetapi juga membantu orang asing lebih mengenali China.
- Musim Pameran Filem China Edisi Ketiga Dilancarkan di Brazil
- Dekati Mercu Tanda Baharu BRI di Bangladesh
- China Siar Kertas Putih mengenai BRI
- Ulang Tahun ke-10 BRI: Peluang Baharu untuk Kerjasama Pembinaan Pelabuhan
- BRI Bantu Wujudkan Matlamat Agenda Pembangunan Mampan PBB
- Malaysia Banyak Manfaatkan Kerjasama BRI
- PM Bangladesh Bakal Rasmi Rel BRI Laluan Jambatan Padma
- BRI Menyumbang kepada Usaha Kemanusiaan Global
- BRF Ketiga Diadakan di Beijing pada Oktober
- Rumput Kecil Ikat Hubungan Mesra Sepanjang Jejak BRI