99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Laporan Tidak Berasas AS Dibidas

(CRI)Isnin 26 Februari 2024

China menentang tegas laporan Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) yang menyangkal prestasi China melaksanakan komitmen dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Kementerian Perdagangan China membidas laporan berkenaan memutarbelitkan kejayaan China dalam memacu pembangunan ekonomi pasaran sosialis dan melaksanakan pembaharuan dan pintu terbuka, serta menafikan sumbangan China kepada sistem perdagangan multilateral dan ekonomi dunia.

Menerusi laporan berkenaan, Amerika Syarikat (AS) melemparkan tohmahan terhadap dasar ekonomi dan perdagangan China, malah mendakwa pendekatan perdagangan yang berpatutan sebagai 'tekanan ekonomi'.

Berdasarkan prinsip 'AS didahulukan', negara itu membelakangi peraturan WTO, mengamalkan pembulian perdagangan sepihak dan menggubal dasar perindustrian diskriminatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Amalan seumpama menjejaskan rantaian perindustrian dan bekalan sejagat serta order perdagangan antarabangsa, di samping merosakkan kepentingan bersama anggota WTO.

Video

Berita Berkaitan