- Lain-lain
Jokowi Cuba Sistem ART di Ibu Negara Baharu Indonesia
Presiden Indonesia, Joko Widodo (dua dari kanan) pada Selasa mencuba sistem Transit Aliran Rel Autonomi (ART) yang dibangunkan oleh China di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia. (Muchlis Jr/Biro Wartawan Presiden/Edaran melalui Xinhua)
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada Selasa mencuba sistem Transit Aliran Rel Autonomi (ART) yang dibangunkan oleh China di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia.
Menurut laporan agensi berita Xinhua, sistem ART yang merupakan projek kerjasama antara Kumpulan CRRC China dan NORINCO International itu kini berada dalam operasi percubaan.
Terdahulu, ketika berucap dihadapan gabenor, datuk bandar dan bupati pada mesyuarat di Nusantara, Jokowi telah memberikan perbandingan kos antara ART dan sistem rel tradisional, dengan menyatakan bahawa sistem ART jauh lebih murah.
Memetik laporan Xinhua, Presiden itu menyatakan bahawa transit kereta api autonomi adalah lebih murah kerana ia beroperasi tanpa rel dan sebaliknya menggunakan magnet.
“Seunit untuk tiga gerabak, harganya lebih kurang Rp74 bilion (sekitar AS$ 4.7 juta)," jelas Jokowi sambil membandingkannya dengan peningkatan kos untuk sistem Transit Aliran Massa dan Transit Aliran Ringan.
Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa ART mampu menyediakan alternatif yang lebih mampan dan kos efektif kepada sistem rel tradisional di Indonesia, khususnya di bandar-bandar yang semakin sesak.
Wang Xiaobing, Naib presiden NORINCO International pula menyifatkan sistem ART sebagai contoh pencapaian teknologi tinggi China dan telah digunakan secara komersil di beberapa bandar China dan Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.
"Kami tetap berdedikasi untuk mempromosikan sistem di Indonesia dan pasaran antarabangsa yang lain, menyumbang kepada pembangunan pengangkutan hijau global.
"Pada hari Sabtu minggu ini, sistem ART akan dipamerkan pada sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-79," tambah Wang.
Menurut beliau, sistem ART mengintegrasikan teknologi canggih seperti trek maya, navigasi BeiDou, pemanduan autonomi dan kuasa bateri tulen.
Berbanding dengan trem tradisional dengan kapasiti yang sama, sistem ART menawarkan kelebihan termasuk kos pembinaan yang lebih rendah, garis masa projek yang lebih pendek dan fleksibiliti yang lebih besar.
Selain itu, kapasiti tinggi dan pelepasan karbon sifar dijangka membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan tekanan alam sekitar di Nusantara pada masa hadapan.
Difahamkan, NORINCO International dan CRRC Group akan terus menjalankan operasi percubaan sistem ART dalam tempoh dua bulan akan datang termasuk membuat pengoptimuman yang diperlukan berdasarkan keputusan untuk memastikan operasi lancar sistem di Indonesia, sementara Kementerian Pengangkutan Indonesia akan menjalankan ujian dan penilaian teknikal yang komprehensif.
Orang ramai mengambil gambar di hadapan sistem Transit Aliran Rel Autonomi (ART) di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia pada 13 Ogos 2024. (Xinhua/Xu Qin)
Foto bertarikh 13 Ogos 2024 ini memaparkan sistem Transit Aliran Rel Autonomi (ART) di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia. (Xinhua/Xu Qin)
Foto yang diambil menggunakan dron pada 13 Ogos 2024 ini memaparkan sistem Transit Aliran Rel Autonomi (ART) di Nusantara, ibu negara baharu Indonesia. (Xinhua/Xu Qin)
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- China, Indonesia Ikrar Perkasa Kerjasama BRI
- Syarikat China Bina Loji Solar Terapung di Indonesia, Sumbang kepada Pembangunan Hijau Indonesia
- China, Indonesia Perincikan Pelaksanaan Projek Kerjasama Fasa Selanjutnya
- Pakar Beri Pujian Tinggi Kerjasama Indonesia-China
- China, Indonesia, Labuh Tirai Ekspedisi Saintifik
- Kapal Selam Fendouzhe Cipta Rekod Baharu Indonesia
- Taman Perindustrian Batang China-Indonesia Adakan Majlis Pecah Tanah
- Buku China Menyerlah dalam Pameran Antarabangsa di Indonesia
- HSR Jakarta-Bandung, Projek Ikonik Kerjasama Indonesia-China
- HSR Jakarta-Bandung Tular di Media Sosial Indonesia