- Lain-lain
Beijing Terima Kad Bank Asing untuk Bayaran Subway
Seluruh rangkaian stesen transit rel Beijing kini menerima kad bank asing yang tertentu untuk bayaran secara imbas tanpa kontak di pintu keluar masuk. Foto oleh Pei Jianfei, wartawan bjnews.com.cn
Warga asing kini boleh terus mengimbas kad bank mereka yang dikeluarkan oleh institusi perbankan seberang laut untuk lalu di pintu keluar masuk stesen kereta api bawah tanah di Beijing. Difahamkan, langkah terbaru ini adalah yang pertama seumpama di Tanah Besar China.
Untuk memudahkan pembayaran melibatkan aktiviti-aktiviti penting di Beijing seperti pengangkutan, perkhidmatan transit rel seluruh ibu kota telah dinaiktarafkan secara inovatif. Kini kesemua pintu keluar masuk subway telah dilengkapi kemudahan untuk menerima bayaran secara imbas tanpa kontak menggunakan kad bank asing pada bila-bila masa. Ini merangkumi 27 laluan rel bandar yang beroperasi di Beijing, termasuk 2 laluan ke lapangan terbang, laluan Xijiao dan laluan T1 Yizhuang, yang keseluruhannya meliputi jarak 836 kilometer dengan 490 stesen. Tambahan pula, laluan rel subbandar S2 juga menawarkan kemudahan yang sama.
Tepat tengah malam 13 September 2024, kemudahan mengimbas kad tanpa kontak bagi Mastercard dan Visa yang dikeluarkan oleh bank asing mula beroperasi. Kemudahan sama untuk kad JCB akan diperkenalkan pada masa depan.
- Beijing Perkenal Kad Prabayar untuk Pelancong Asing
- Beijing Mahu Tambah Baik Infrastruktur untuk Pembangunan Industri Masa Depan
- Ekspo Buku Antarabangsa Beijing ke-30 Dirasmikan
- China Catat Lonjakan Perjalanan Rentas Wilayah Sempena Pesta Duanwu
- Pesta Perahu Naga: Aliran Penumpang Kereta Api Dijangka Cecah 15.9 Juta
- 20 Juta Penumpang Guna Lapangan Terbang Daxing Tahun Ini
- Pintu Sempadan Beijing Rekod Aliran Pengembara Lepasi 5 Juta
- Peminat Harry Potter Teruja Naiki Platform 9? di Beijing
- 17.9 Juta Penumpang Diunjur Guna Kereta Api
- Cuti Hari Qingming: 16.3 Juta Penumpang akan Guna Kereta Api