- Lain-lain
Senjata Api dan Sekatan Sepihak Bukan yang Diperlukan dalam Penyelesaian Konflik Palestin-Israel
Senjata api dan sekatan sepihak bukan yang diperlukan dalam penyelesaian konflik antara Palestin dengan Israel, sebaliknya motif politik dan usaha diplomatik.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media pada Rabu.
Dimaklumkan, sempena ulang tahun pertama tercetusnya konflik terbabit, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan bermula semalam terhadap sejumlah individu dan entiti negara ketiga dengan dakwaan mereka membekalkan modal kepada Hamas, tetapi negaranya memilih menambah lagi bantuan bernilai USD8.7 (RM37.33 bilion) kepada Israel pada akhir bulan lalu.
Sehubung itu, Mao berkata, konflik yang berlarutan setahun itu telah meragut lebih 40,000 nyawa di Semenanjung Gaza, dengan kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak. Masyarakat antarabangsa telah mencapai persepakatan untuk meredakan ketegangan, mewujudkan gencatan senjata, melindungi keselamatan penduduk awam, dan mengelakkan malapetaka kemanusiaan daripada berlaku. Negara kuasa besar diharap memainkan peranan yang wajar, meneladani negara lain mencetuskan fenomena yang adil dan objektif dalam mematuhi undang-undang antarabangsa, dan memberi sumbangan yang proaktif supaya peperangan yang berleluasa itu dapat dinoktahkan seawal mungkin dan situasi semasa boleh menjadi terkawal.
- Memastikan Hak dan Kepentingan Rakyat Palestin Terjamin - Wakil China
- Guterres Beri Amaran Lubnan Mungkin Jadi Satu Lagi 'Gaza'
- China Gesa Israel Hentikan Pendudukannya di Gaza
- China Seru Tindakan Praktikal Hentikan Pertempuran di Gaza
- Rundingan Gencatan Senjata di Gaza Tak Boleh Terus Ditangguh: Duta China
- WFP Gantung Aktiviti Kemanusiaan di Gaza
- Rundingan Gencatan Senjata dan Penyelesaian Politik, Jalan Keluar Isu Israel-Palestin
- Segera Wujudkan Gencatan Senjata di Gaza dan Redakan Situasi Serantau - Wakil China
- UNSC Bersidang bagi Bincang Situasi Gaza
- China Kecam Serangan Israel terhadap Sekolah di Gaza