99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Sokong UNSC Seboleh Mungkin Usahakan Gencatan Senjata Gaza

(CRI)Rabu 30 Oktober 2024

Dalam satu sidang terbuka anjuran Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung situasi semasa di semenanjung Gaza semalam waktu tempatan, wakil tetap China di PBB, Fu Cong berkata, menyegerakan gencatan senjata yang berkekalan merupakan prasyarat bagi menyelamatkan nyawa dan mengelakkan situasi daripada meruncing, dan tidak boleh ditangguhkan lagi dengan apa-apa pun alasan.

Pada masa yang sama, tindakan menyelamat dan bantuan kemanusiaan di Gaza adalah bertunjangkan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) yang mendapat mandat dari Perhimpunan Agung PBB. Namun Parlimen Israel telah meluluskan dua rang undang-undang untuk menyekat dan menutup UNRWA tanpa mempedulikan bantahan keras dari masyarakat antarabangsa. China sudah mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Israel itu.

Fu berkata, China menyokong UNSC seboleh mungkin mengambil tindakan selanjutnya untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.

Video

Berita Berkaitan